Tonto didakwa terima rasuah lebih RM100,000 daripada 10 syarikat lori

Tonto didakwa terima rasuah lebih RM100,000 daripada 10 syarikat lori

Tonto didakwa terima rasuah lebih RM100,000 daripada 10 syarikat lori
Tertuduh Norsham Ahmad, 51, mengaku tidak bersalah atas 43 pertuduhan menerima rasuah bernilai RM101,625. – Foto NSTP/Meor Riduwan Meor Ahmad

MELAKA: Seorang lelaki dipercayai tonto dituduh di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini, atas 43 pertuduhan menerima rasuah bernilai RM101,652 daripada 10 syarikat pengangkutan lori sebagai dorongan tidak dikenakan tindakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak 2016.

Tertuduh, Norsham Ahmad, 51, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap semua pertuduhan di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Mengikut semua pertuduhan, dia didakwa menerima suapan RM101,625 daripada 10 syarikat pengangkutan lori sebagai dorongan untuk tidak dikenakan tindakan oleh JPJ Melaka kerana melakukan kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tertuduh yang kini bekerja sendiri didakwa menerima suapan itu menerusi pindahan wang secara dalam talian di tiga akaun bank miliknya dan anaknya serta seorang lagi individu.

Perbuatan itu dilakukan di Maybank Malaysia Berhad cawangan Masjid Tanah, Maybank Bukit Baru, Maybank Islamic Berhad Alor Gajah, Public Bank Berhad Ayer Keroh dan Public Bank Malim Jaya antara 6 Januari 2016 hingga Mac 2021.

Dia dituduh mengikut Seksyen 16 (a) (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Jika disabitkan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Muhammad Asyraf Mohamed Tahir dan Pegawai Pendakwa SPRM, Noor Julieana Yahaya, sementara tertuduh diwakili Peguam Mohd Fahmy Mohd Sulaiman.

Terdahulu pendakwaan mencadangkan jaminan RM50,000 bagi semua pertuduhan, namun dirayu peguam atas alasan anak guamnya kini bekerja kampung dan pendapatan tidak menentu serta menanggung isteri, dua anak serta ibu dan bapa mentua yang sakit.

Menurut peguam, tertuduh hanya bersedia dengan wang RM40,000 sahaja dan memohon jumlah jaminan rendah.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah menetapkan jaminan RM45,000 berserta syarat tambahan melapor diri sebulan sekali di pejabat SPRM Melaka serta menyerahkan pasport jika ada untuk disimpan oleh mahkamah hingga perbicaraan tamat.

Pemandu lori, dua tonto ditahan bawa daun ketum dari Kedah ke Kelantan

Tonto didakwa terima rasuah lebih RM100,000 daripada 10 syarikat lori

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Umum rehat politik, Azmin takut kalah

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker