Malaysia berpotensi jadi hab EV melalui AHTV

Malaysia berpotensi jadi hab EV melalui AHTV

Malaysia berpotensi jadi hab EV melalui AHTV
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. – FOTO NSTP

Kuala Lumpur: Malaysia berpotensi tinggi menjadi hab bagi pasaran kenderaan elektrik (EV) Asia Pasifik yang dianggarkan bernilai AS$778 bilion (RM3.52 trilion) melalui pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif Malaysia (AHTV) usaha sama oleh DRB-Hicom dan Geely.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, AHTV bersedia menjadi hab, yang mana profesional industri automotif boleh tinggal, bekerja dan membangunkan teknologi baharu yang akan digunakan dalam kenderaan generasi akan datang (NxGV), EV termasuk kenderaan cekap tenaga (EEV).

Katanya, AHTV adalah satu-satunya kluster automotif di Malaysia yang diiktiraf secara rasmi sebagai hab NxGV dan EEV.

“Kami melihat AHTV mampu menjadi pemacu utama untuk pelabur automotif yang sedang mempertimbangkan bagi terus menjamin rantaian bekalan serantau atau global mereka.

“Kami juga melihatnya sebagai pemain utama dalam meningkatkan sumbangan sektor automotif kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ) iaitu daripada RM64.5 bilion pada 2022 kepada RM104.2 bilion menjelang 2030,” katanya pada Konvensyen Pelabur dan Vendor Global Proton 2023 di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan, DRB-Hicom dan Pengerusi Proton, Tan Sri Syed Faisal Albar dan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PN Semakin Sukar Apabila Sanusi Di Heret Ke Mahkamah


Tengku Zafrul berkata, pasaran EV Asia Pasifik bernilai hampir AS$230 bilion pada 2021 dan dijangka mencecah kira-kira AS$778 bilion pada 2027, mewakili kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 19.1 peratus antara 2022 dan 2027.

Beliau juga menegaskan bahawa Malaysia sudah pun menjadi hab pembuatan elektrik dan elektronik (E&E) utama di Asia Tenggara.

“Justeru, pembuat kereta serta pelabur automotif boleh memanfaatkan kapasiti ini dengan mudah untuk menjamin rantaian bekalan mereka dalam meningkatkan pengeluaran NxGV mereka.

“Subsektor komponen boleh digunakan untuk memberi perkhidmatan kepada keseluruhan rantaian nilai automotif daripada semikonduktor, sensor, elektronik automotif, penghantar, bateri dan pemasangan kenderaan,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga sedang menawarkan pakej insentif yang menarik seperti pengecualian cukai untuk pembangunan tanah, pembuatan alat ganti, komponen serta penubuhan pusat penyelidikan dan institusi pendidikan.

Malaysia berpotensi jadi hab EV melalui AHTV


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apabila yang tandatangan Proklamasi Melayu hina Raja melayu, apa boleh diharapkan?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker