‘Saya masih fasa belajar lagi’ – Nad Zainal

Kuala Lumpur: “Saya ke arah itu (bertudung), tapi doakan saja. Saya tak boleh nak kongsikan banyak, hanya doakan saja.”

Demikian kata pelakon popular Nad Zainal mengenai beberapa hantaran gambar dan video yang dimuat naik di Instagram yang memaparkan dirinya berhijab.

Nad, 32, atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin ketika dihubungi berkata, dia masih lagi dalam proses belajar selain mohon doa yang terbaik buat dirinya.

“Saya masih dalam fasa belajar sebab masih lagi menjalani penggambaran macam biasa. Ada saja watak yang tak berhijab. Lagi pula, masih ada beberapa projek yang sudah ditandatangani terlebih dulu, jadi saya perlu lunaskan.



“Saya memang tak ada nak berjanji dengan orang ramai pun nak cakap saya berhijab sepenuhnya atau apa. Saya perlukan masa lagi untuk kongsikan perkara ini. Kalau ada nampak begitu (berhijab), begitulah. Tapi saya memang akan menjaga ‘posting’ (hantaran) selepas ini untuk kurangkan gambar ‘free hair’,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam masa sama, Nad gembira apabila mendapat banyak ucapan dan doa daripada peminat mengenai penampilan itu.

“Saya berasa gembira apabila orang mendoakan perkara baik untuk kita. Tapi saya tak ada nak menjanjikan apa-apa, sebab saya masih fasa belajar lagi. Macam dikatakan tadi, sebab ada saja perkara lain yang masih ‘on going’ saya tak berhijab.

“Apa boleh dikatakan saya berusaha, saya suka apa saya buat. Namun, saya gembira bila ada orang mendoakan,” katanya.



Selain itu, Nad juga berkongsi Travelog yang diusahakan bersama pelakon Ungku Ismail Aziz untuk saluran YouTube mereka iaitu UIA x NZ bakal ditayangkan bulan depan.

“Insya-Allah, saluran ini akan dilancarkan serentak ketika drama Cina Buta ditayangkan nanti,” katanya.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker