UCL: Aksi penentu paling getir Manchester United

UCL: Aksi penentu paling getir Manchester United

UCL: Aksi penentu paling getir Manchester United
UNITED tidak mempunyai pilihan kecuali menewaskan Bayern dan mengharapkan aksi Copenhagen dan Galatasaray berakhir seri. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag mengharapkan aksi sempurna daripada barisan pemainnya menjelang pertemuan dengan Bayern Munich dalam saingan Liga Juara-Juara di Old Trafford awal pagi esok.

Aksi terakhir peringkat Kumpulan A itu boleh dianggap sebagai perlawanan paling penting buat United memandangkan mereka wajib menang selain mengharapkan FC Copenhagen dan Galatasaray seri bagi melayakkan diri ke pusingan kalah mati.

United berada dalam situasi tidak menentu ketika ini selepas mereka dikejutkan dengan kekalahan memalukan 0-3 kepada Bournemouth pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford kelmarin.



“Sebagai satu pasukan, kami perlu tunjukkan peningkatan. Saya harap kami sudah bersedia sepenuhnya bagi menghadapi perlawanan penting menentang Bayern dalam saingan Liga Juara-Juara nanti.

“Kami perlu jadikan kekalahan sebelum ini sebagai pengajaran paling penting, iaitu semua pemain tidak boleh leka walaupun sesaat. Pasukan lawan akan ‘bunuh’ anda jika gagal untuk berikan fokus,” katanya.

Sementara itu, kapten The Red Devils, Bruno Fernandes menyeru rakan sepasukan supaya memberikan segala-galanya ketika berdepan Bayern nanti biarpun sedar mereka perlu mengharapkan keputusan seri antara Copenhagen dan Galatasaray.

“Kami tahu pertemuan dengan Bayern nanti bukan sesuatu yang mudah kerana kami perlu ambil tahu keputusan satu lagi perlawanan lain. Apa pun yang berlaku, kami perlu jalankan tugas utama, iaitu tewaskan Bayern,” ujarnya. – AGENSI

UCL: Aksi penentu paling getir Manchester United

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker