Selangor tundukkan Kuching City

Selangor tundukkan Kuching City

Selangor tundukkan Kuching City

KUALA LUMPUR: Selangor mengukuhkan cengkaman di tangga kedua Liga Super apabila menewaskan Kuching City 2-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.

Kemenangan itu diraih Gergasi Merah beberapa hari selepas dibelasah pendahulu Johor Darul Ta’zim (JDT) 4-0 dalam aksi separuh akhir Piala FA.

Selangor berada di depan pada minit ke-26 selepas mesin gol mereka, Ayron del Valle menyempurnakan sepakan penalti sekali gus menjadi jaringan ke-14 penyerang dari Colombia itu dalam saingan liga musim ini.



Perancang tengah, Yohandry Orozco kemudian mengukuhkan kedudukan buat skuad kendalian Tan Cheng Hoe apabila menyudahkan umpanan Faisal Halim pada minit ke-55.

Kuching City berjaya merapatkan kedudukan menerusi jaringan Amir Amri Salleh pada minit ke-89, namun sudah terlambat untuk sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata.

Kemenangan ke-11 daripada 15 perlawanan itu menyaksikan Selangor mengumpul 34 mata untuk terus kekal di kedudukan kedua liga.

Sementara itu, Kuching City pula terus berada dalam kelompok bawahan apabila hanya mengumpul enam mata dan menghuni tangga ke-12.



Selangor tundukkan Kuching City


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Dr Mahathir Meroyan Lagi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button