Selalu Tayang Video Kekasih Berpakaian Seragam, Wanita Terkejut Rupanya..

Selain rupa paras, status pekerjaan seseorang lelaki juga merupakan antara ciri-ciri yang dipandang oleh kaum wanita sebelum memilih teman hidup. Malah seakan sudah menjadi satu trend apabila para wanita zaman kini lebih meminati lelaki yang mempunyai pekerjaan beruniform.

Baru-baru ini, tular mengenai kisah seorang wanita di Indonesia meluahkan rasa kecewa selepas ditipu oleh pasanganya. Lelaki terbabit berbohong kononnya dia bertugas sebagai salah seorang tentera di unit Tentera Udara Indonesia (TUI) tetapi sebenarnya tidak.

Rupanya menyamar jadi tentera udara?

Difahamkan, sebelum ini, wanita terbabit sering berkongsi foto di media sosial memaparkan teman lelakinya, Maulana Saepul yang mengenakan pakaian seragam tentera udara. Bukan itu sahaja, pasangan ini juga sering mempamerkan kemesraan mereka di media sosial.

Malah, pasangan ini juga telah merancang untuk mendirikan rumah tangga. Tetapi siapa sangka, lain pula yang jadinya selepas video pre wedding mereka tular sebelum segala-galanya terbongkar. Salah seorang pegawai atasan TUI meninggalkan komen dan memberitahu bahawa dia tidak mengenali petugas yang bernama Maulana. Sejak daripada situ, wanita ini baru sedar bahawa selama ini Maulana hanyalah menyamar menjadi seorang tentera.

Lebih menyedihkan apabila, gambar ukuran passport juga sudah ada sebagai persediaan hari bahagia mereka. Meskipun wanita ini berjaya mengesan keluarga Maulana tetapi Maulana telah menghilangkan diri.

Sumber: Urban Depok, Merdeka,

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker