Melancong Ke Korea Selatan Dengan Bajet Sedikit

Anda Wajib Ke 5 Lokasi Ini

Melancong Ke Korea Selatan Dengan Bajet Sedikit

Melancong Ke Korea Selatan Dengan Bajet Sedikit
Melancong Ke Korea Selatan Dengan Bajet Sedikit

Nak melancong ke Korea Selatan tapi tak nak berbelanja lebih?

Untuk pengetahuan korang, ada pelbagai destinasi yang menarik dan murah untuk dilawati di Korea Selatan.

Ha, ini adalah 5 lokasi yang korang boleh kunjungi dan menariknya korang tidak perlu mengeluarkan kos yang banyak pun!



O’Sulloc Tea Museum

Bila dengar nama muzium ni mesti korang bayangkan galeri seni kan?

Sebenarnya, ia merupakan sebuah muzium teh yang memiliki rekaan dalaman yang agak elegan dikelilingi dengan tanaman teh hijau.

Melancong Ke Korea Selatan Dengan Bajet Sedikit

Di dalam muzium ini anda dapat melihat sejarah pembuatan teh, di sebelah muzium ini pula terdapat kedai yang menjual pelbagai produk yang berasaskan teh termasuklah kosmetik.



Menariknya, korang tak perlu bayar untuk masuk ke muzium kerana ia percuma!

Jangan lupa untuk mencuba teh panas secara percuma di kedai ini tau!

National Museum of Korea

Untuk pengetahuan korang, apabila melangkah masuk ke dalam National Museum of Korea korang akan merasa seperti merentasi zaman kerana pamerannya yang tersusun kemas bermula dari zaman pra-sejarah di Korea Selatan sehinggalah ke zaman moden.

Melancong Ke Korea Selatan Dengan Bajet Sedikit



Malah, pameran ini juga lengkap dengan penerangan di dalam bahasa Inggeris bukan senang nak jumpa muzium sebegini di Korea Selatan.

Dah penat berjalan, anda boleh bersantai di banyak ruang santai yang disediakan pihak muzium.

Jangan risau, tidak ada bayaran yang diperlukan untuk melawat muzium ini kerana ianya percuma tau!

Everland

Melancong Ke Korea Selatan Dengan Bajet Sedikit



Everland merupakan theme park atau taman hiburan terbesar di Korea Selatan. Taman hiburan ini dibuka pada tahun 1976 dan letaknya berada di kota Yongin, provinsi Gyeonggi-do, Korea Selatan.

Sekiranya korang dah sampai di Korea Selatan, semestinya korang tak nak melepaskan peluang untuk pergi ke taman tema yang terkenal di Korea iaitu Everland dan Lotte World.

Bagi harga untuk tiket on-day pass Everland adalah 54,000 won iaitu RM 197.

Tiket Lotte World pula dijual dengan harga RM 116 berbanding dengan harga asal RM 190 (52,000 won) dan korang dah boleh jimat banyak duit dengan cara ini.



Manjanggul Cave

Lokasi seterusnya adalah Manjanggul Cave. Sebenarnya gua ini adalah antara tapak warisan UNESCO di Korea dan merupakan terowong terpanjang di dunia.

Bukan itu sahaja, apa yang menariknya tentang terowong ini adalah kerana ia sebenarnya terbentuk hasil daripada aliran lava pada suatu ketika dahulu.

Melancong Ke Korea Selatan Dengan Bajet Sedikit

Dari segi pembayaran, untuk dewasa ianya hanya 2,000 Won (RM 7.00), manakala remaja dan kanak-kanak 1,000 Won (RM 3.49).



Difahamkan, kepanjangannya terowong ini adalah dalam sekitar 8 ke 9 km, namun, hanya 1 km sahaja yang dibuka kepada pelancong.

Suhu di dalam gua ini juga agak sejuk. Sekiranya korang ingin menerokai gua ini, pastikan korang memakai pakaian yang tebal dan kasut yang tahan licin.

Daegu Arboretum

Menariknya, Daegu Arboretum adalah sebuah tapak buangan sampah boleh berubah menjadi sebuah destinasi alam semulajadi yang mengasyikkan jiwa.

Tapak yang dahulunya dipenuhi dengan lebih daripada 4.1 juta ton sampah kini ditumbuhi dengan pelbagai jenis tumbuhan indah dengan udara yang menyegarkan selepas dibiarkan selama 10 tahun kerana pembangunan.

Melancong Ke Korea Selatan Dengan Bajet Sedikit

Untuk menikmati keindahan sebenar Daegu Arboretum, lawatilah pada musim luruh, ketika mana daun-daun mula berubah warna.

Sudah pastinya, tidak perlukan bayaran untuk melawati destinasi ini!

Terdahulu, kami ada kongsikan 5 lokasi ‘Instagrammble’ yang wajib korang kunjungi apabila ke Korea Selatan.

Kredit: Mai Singgah

Melancong Ke Korea Selatan Dengan Bajet Sedikit


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir liabiliti, antara faktor kekalahan PN.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button