Melayu tempah kecelakaan jika percaya pada hikayat dongeng “Agenda Melayu” Mahathir.

Oleh Adam Malik

Tajuk diatas kami petik dari insprasi ucapan Datuk Seri Najib Razak pada Persidangan Agung UMNO pada tahun 2017 di PWTC.

Pada perhimpunan itu Datuk Seri Najib menyatakan ‘kakitangan kerajaan tempah kecelakaan jika pilih Pakatan Harapan”.

Ucapan itu dipandang sinis dan remeh oleh orang Melayu yang terpedaya dengan kisah cincin dan 1MDB.

Akhirnya semua menjadi kenyataan.

17,000 kakitangan kerajaan dibuang seperti sampah oleh kerajaan PH pimpinan Mahathir.

Berbelas ribu lagi ditamatkan kerja kerana pemberhentian peruntukan kepada kementerian tertentu oleh kerajaan Tun Mahathir.

Antara yang terkena ‘kecelakaan’ ini ada lah ribuan pekerja  sekolah , kantin dan kakitangan SPAD .

Itu lah maksud yang disebut sebagai  menempah kecelakaan oleh DSNR.

Selain itu DSNR juga ada menyatakan dalam satu ucapan nya “Melayu akan jadi bangsat jika UMNO hilang kuasa”.

Ia juga menjadi kenyataan merujuk fakta diatas.

Pada kenyataan DSNR, si pemfitnah telah cuba menipu rakyat dengan putar belit kenyataan nya.

Najib menyebut “Melayu akan jadi bangsat” tetapi pemfitnah menukar kepada Najib kata “Melayu bangsat” dengan perkataan ‘akan’ dibuang dari kenyataan itu.

Semua andaian Najib akhir nya betul belaka.

Aset dan entiti orang Melayu digodam oleh kerajaan Mahathir.

Dividen dan keuntungan tahunan yang tinggi setiap tahun tiba2 jatuh dan sedikit, dividen merudum teruk akibat permainan persepsi Pakatan Harapan untuk memburuk kan kerajaan BN.

Melayu kehilangan berbilion ringgit duit sampingan melalui dividen ASB, LTAT, dan Tabung Haji yang diberi oleh kerajaan PH bawah Mahathir.

Lebih pelik dan membodohkan orang Melayu Islam ada lah Tabung Haji miliki aset bernilai RM19 bilion yang diseret masuk  ke SPV oleh MoF bukan Islam dibawah Mahathir.

Jika Tabung haji dalam keadaan tenat , bagaimana pula boleh ujud aset bernilai RM19 bilion?

Tentu kerajaan BN akan menjual aset untuk tampung hutang atau kerugian.

Ini semua sekadar pembohongan kerajaan PH Mahathir sahaja.

Berbalik semula kepada topik diatas , kempen terkini Mahathir melalui parti PEJUANG menyentuh tentang Agenda Melayu Mahathir.

Ucapan ceramah Mahathir terkini yang kami tidak mahu sekongkol siarkan menyatakan Mahathir konon nya mahu laksana agenda Melayu ketika menjadi PM 22 bulan tetapi dimusnahkan oleh Muhyuidin Yassin yang menikam nya dari belakang.

Ini sah satu pembohongan besar dari Mahathir.

Sebenar nya Mahathir mahu merangkak Kembali kepada menagih sokongan undi Melayu setelah DAP dan bukan Melayu tolak Mahathir kerana memperdayakan mereka dengan janji pegang jawatan Perdana Menteri hanya dua tahun sahaja.

Mahathir menyatakan konon beliau belum sempat laksana kan Agenda Melayu tetapi Muhyiddin telah merampas jawatan itu.

Mahathir anggap orang Melayu terlalu bodoh seperti pentaksub nya dan sekadar alat beri undi sahaja.

Mahathir yang merangkak pergi ke Istana dan menyerah jawatan PM kepada YDP Agong lalu hilang jawatan PM.

Mahathir terdesak kerana  Presidential Councel PH tuntut janji dan Mahathir amat takut Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri lalu menyeret musuh nya Tun Daim ke mahkamah.

Jika Mahathir ada “agenda Melayu’ sudah tentu disebarkan , jika Mahathir tidak sempat untuk melaksanakan nya pun sekurang kurang Agenda dan ‘Blue print’ nya sudah diketahui orang Melayu.

Namun , ia sekadar bohong sahaja, melantik Peguam Negara bukan Melayu pun tangan Mahathir juga melalui kehendak Lim Guan Eng betapa menunjuk kan mustahil Mahathir PM parti minoriti berani sebut agenda Melayu dibawah DAP.

Mahathir juga membatalkan agenda Melayu yang dibawa oleh DSNR.

Jangan lupa kisah 1 juta umat Melayu turun ke jalanraya kerana terasa agama mereka di gugat kerana tuntuan ICERD di bawah Mahathir.

Antara agenda Melayu DSNR tanpa melalak melolong sepri Mahathir ada lah –

Pemberian BRIM dimana penerima hampir 85% orang melayu.

Menghantar 5,000  orang melayu mengerjakan haji lalu mereka menjimat kan wang  meeka sendiri sekitar RM18,000 didarab dengan 5,000 jemaah.

Menaikan gaji kakitangan awam lalu mengisi poket melayu dengan wang tambahan kerana melayu ada lah 90% kakitangan awam.

Mengujudkan ECRL di Malay Hub supaya tanah sekitar milik melayu naik harga dan nilai dan ‘spill over’ ekonomi dari ECRL dan station2 nya dapat kepada ekonomi orang melayu.

Mengujudkan cukai GST supaya Pelari cukai SST tidak dapat berbohong , semua tahu puak mana yang ramai lari dari bayar cukai.

Ini semua kerja Najib Razak tanpa perlu terpekik terlolong agenda Melayu seperti Mahathir.

“The proof of the pudding is in the eating’ MAHATHIR sepatut buat terus tanpa bercakap dan berbohong.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker