Hajiji positif COVID-19, dirawat di hospital

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor

KOTA KINABALU, 9 Okt — Datuk Hajiji Noor disahkan positif COVID-19 dan kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth, kata Setiausaha Perhubungan Awam kepada Ketua Menteri Sabah itu Effendi Mohamed Sunoh.

Effendi dalam kenyataan malam ini berkata Hajiji, yang menjalani kuarantin kendiri, sekali lagi melakukan ujian COVID-19 dan hasil ujian terbaru itu mengesahkan bahawa beliau positif COVID-19.

“Keadaan kesihatan YAB (Yang Amat Berhormat Hajiji) baik dan stabil. Walaupun sedang menjalani rawatan, YAB masih menjalankan tugas dan tanggungjawabnya di tempat rawatan menerusi panggilan telefon dan sidang video. Kerajaan negeri berfungsi seperti biasa.

“YAB mengajak seluruh rakyat Sabah agar bertenang dan bersama-sama berdoa agar Allah SWT sembuhkan dan selamatkan Sabah dan Malaysia daripada COVID-19. Insya-Allah,” katanya.

Semalam, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Safar Untong menerusi kenyataan memaklumkan bahawa Hajiji menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu bermula semalam sebagai langkah berjaga-jaga setelah terdedah dengan individu yang didapati positif COVID-19.

— BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker