Mahathir Di Jangka Akan Di Lantik Sebagai Presiden Interim PAS

Mahathir Di Jangka Akan Di Lantik Sebagai Presiden Interim PAS

Mahathir Di Jangka Akan Di Lantik Sebagai Presiden Interim PAS

1 Januari lepas, presiden PAS, Hadi Awang telah dikejarkan Institut Jantung Nagara (IJN).

Walau pun masalah kesihatan Hadi Awang kali ini agak serius, tetapi Alhamdulillah, keadaan beliau dilaporkan stabil.

Menurut anak beliau, besar kemungkinan, Hadi Awang akan dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara dalam masa yang terdekat.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama Hadi Awang dikejarkan ke Institut Jantung Negara kerana masalah kesihatan.

Sepanjang tahun 2023 sahaja, beliau sudah beberapa kali dikejarkan ke Institut Jantung Negara kerana masalah kesihatan.

Jadi tidak menghairankan, walau pun keadaan beliau stabil, tetapi beliau masih lagi lemah untuk menjalankan tugas seperti biasa.

Khabar yang penulis terima, Hadi Awang dikatakan sedang menimbangkan dengan serius untuk bersara dari dunia politik.

Dengan keadaan kesihatan beliau yang terkini, untuk kebaikan beliau, adalah wajar beliau melepaskan semua jawatan politik beliau.

Cuma sekirfanya ini berlaku, persoalan yang timbul adalah siapakah yang akan menggalas tugas dan tanggungjawab sebagai presiden PAS?

Ada teori yang mengatakan, adalah menjadi amalan, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim, akan menggalas tanggungjawab tersebut.

Tetapi, ada juga khabar angin yang mengatakan, Tuan Ibrahim, keberatan untuk menerimanya kerana ada beberapa masalah yang akan beliau hadapi.

Ada pula teori yang mengatakan, sekiranya Tuan Ibrahim enggan, maka tanggungjawab itu akan dipikul oleh Dr Samsuri, Naib Presiden PAS.

Tetapi ada yang tidak bersetuju kerana Dr Samsuri dilihat masih terlalu baru di peringkat pusat.

Mungkin beliau mempunyai pengaruh yang besar di Terengganu, tetapi itu bukan jaminan beliau akan diterima di seluruh negara.

Teori yang paling menarik ialah, ada kemungkinan Dr Mahathir akan dilantik sebagai Presiden Interim PAS.

Beliau dilihat layak kerana beliau mempunyai pengaruh yang agak kuat di peringkat pusat.

Penulis juga bersetuju dengan teori tersebut.

Pasti banyak pembaharuan yang akan dilakukan oleh Dr Mahathir ke atas parti PAS.

Takbir…

 

Mahathir Di Jangka Akan Di Lantik Sebagai Presiden Interim PAS

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker