Ramadhan Sudah Berlalu, Cuti Raya Sudah Habis, Apa Lagi Alasan Rafizi

Ramadhan Sudah Berlalu, Cuti Raya Sudah Habis, Apa Lagi Alasan Rafizi

Ramadhan Sudah Berlalu, Cuti Raya Sudah Habis, Apa Lagi Alasan Rafizi

 

Majoriti rakyat Malaysia masih lagi menunggu debat antara Rafizi dengan beberapa orang figura politik di Malaysia.

Debat yang dikatakan akan berlangsung itu, dijangka akan berkisar mengenai keadaan ekonomi negara.

Dan yang paling penting, rakyat mahu tahu, benarkah dakwaan yang mengatakan Rafizi yang bergelar Raja Formulan sudah kehabisan formula.

Rakyat juga mahu tahu, berapa banyak formula yang Rafizi sering keluarkan sebelum ini sudah beliau gunakan.

Lebih penting lagi, adalah apakah formula yang selama ini dijaja Rafizi benar-benar berkesan atau hanya sekadar retorik politik Rafizi.

Sebelum ini kita boleh menerima, debat itu ditangguhkan apabila Rafizi sakit dan mendapat rawatan di hospital.

Kemudian, Rafizi sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa beliau bersedia berdebat dengan siapa sahaja mengenai ekonomi negara selepas bulan Ramadhan.

Alasan Rafizi mudah, di bulan Ramadhan, rakyat sibuk untuk melakukan ibadah solat sunat Tarawikh.

Jadi tidak ada siapa yang akan mengikuti debat tersebut.

Rafizi juga meletakkan syarat, debat yang berlangsung itu mestilah terlebih dahulu mendapat restu dari kepimpinan parti.

Beliau juga akan meminta kebenaran dari DS Zahid untuk berdebat dengan figura dari UMNO dan penyokong UMNO.

Penulis yakin, presiden UMNO, DS Zahid, sudah pasti tidak akan keberatan untuk memberikan keizinan.

Begitu juga presiden PKR, Anwar Ibrahim, sudah tentu tidak akan menghalang kerana beliau sendiri pernah berdebat dengan DS Najib secara terbuka.

Kini, sesi debat tersebut hanya menunggu persetujuan Rafizi kerana lawan debat beliau dilihat sudah lama bersedia.

Satu penulis mohon adalah, janganlah pula dijadikan 10 ekor kucing beliau yang merajuk itu sebagai alasan yang baru.

 

Ramadhan Sudah Berlalu, Cuti Raya Sudah Habis, Apa Lagi Alasan Rafizi

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker