Wanita tular baling telefon bimbit pelajar ditahan

Wanita tular baling telefon bimbit pelajar ditahan

Wanita tular baling telefon bimbit pelajar ditahan

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang wanita yang aksinya dirakam membuat kecoh di sebuah kolej swasta di Kajang, dekat sini, baru-baru ini.

Wanita berusia 51 tahun ditahan selepas polis menerima aduan daripada seorang pelajar kolej swasta wanita berusia 20 tahun, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata pengadu mendakwa suspek membaling telefon bimbit miliknya di atas jalan raya sehingga rosak.

Katanya, kejadian kira-kira jam 2 petang, Selasa lalu ketika pengadu dan rakannya berada di perkarangan kolej sebelum didatangi suspek yang meminta tolong mahu meminjam telefon.

“Pengadu dan rakannya memberitahu mereka sedang menggunakan telefon bimbit itu untuk menjalankan tugas pembelajaran.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Annuar Musa ‘sakit’, ratib Umno, Zahid, Anwar


“Secara tiba-tiba suspek merampas telefon bimbit pengadu yang dipegang seorang rakannya dan terus membaling ke arah jalan raya sehingga gajet itu mengalami kerosakan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Zaid berkata pengadu kemudian meminta suspek bertanggungjawab terhadap telefon bimbitnya yang rosak sebelum mereka masuk ke sebuah premis serbaneka berdekatan untuk berbincang.

“Ketika itu pihak polis sudah sampai ke lokasi kejadian dan meminta pengadu membuat laporan polis manakala suspek diminta mengikut anggota polis ke balai bagi tujuan siasatan lanjut.

“Ketika itu dengan tiba-tiba suspek memegang satu buku dan memukul muka pengadu dengan buku berkenaan. Kedua-dua kejadian ini sempat dirakam oleh rakan pengadu dan videonya tular di media sosial,” katanya.

Mohd Zaid berkata wanita itu ditangkap dan polis turut merampas buku yang digunakan untuk memukul pengadu untuk siasatan lanjut.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Agong serlah sisi romatik, Permaisuri terharu


“Suspek kini direman tiga hari sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan (kesalahan khianat) dan Seksyen 324 kanun sama (sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata).

“Kita mohon orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini untuk tampil membantu siasatan polis dengan menghubungi mana-mana balai polis berdekatan,” katanya.

Maklumat juga boleh disalurkan terus kepada Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Azrul Nizam Zainal Abidin di talian 016-9985730.

Terdahulu, tular dua rakaman video di media sosial membabitkan suspek.

Dalam video pertama, suspek kelihatan berada di dalam kereta dan didakwa mencampak wang ke atas jalan selepas tidak puas hati kerana tayar keretanya dikunci dan disaman penguatkuasa Majlis Perbandaran Kajang.

Dalam video kedua, suspek dilihat menghampiri dua pelajar kolej dengan seorang daripadanya sedang memegang telefon bimbit dan kelihatan seperti sedang membuat rakaman suara bersama rakannya.

Suspek kemudian mahu meminjam telefon bimbit berkenaan tetapi pelajar wanita itu memaklumkan dia sedang menggunakan gajet rakannya untuk membuat tugasan.

Suspek kemudian merampas telefon bimbit itu dan mencampaknya ke atas jalan raya.

Wanita tular baling telefon bimbit pelajar ditahan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Agong serlah sisi romatik, Permaisuri terharu

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker