Aifa-Rachel raih gangsa beregu skuasy

BIRMINGHAM: Aifa Azman-Rachel Arnold memenangi pingat gangsa acara beregu wanita selepas menewaskan rakan senegara, Noor Ainaa Amani Ampandi-Chan Yiwen pada aksi penentuan pingat berkenaan di temasya Sukan Komanwel 2022 di sini, hari ini.

Pada aksi di Pusat Skuasy dan Hoki University of Birmingham, gandingan berkenaan menang dengan keputusan 11-3, 11-9.

Kedua-dua beregu negara ini terlepas peluang meraih sekurang-kurangnya pingat perak apabila tersingkir di peringkat separuh akhir semalam.

Pingat emas ini acara ini dimenangi wakil New Zealand, Joelle King-Amanda Landers-Murphy yang mengatasi beregu England, Sarah-Jane Perry dan Alison Waters, 2-0 (11-8, 11-8).



Dalam pada itu, beregu lelaki negara, Ng Eain Yow-Ivan Yuen terlepas pingat gangsa acara mereka selepas tunduk kepada gandingan dari Scotland Greg Lobban-Rory Stewart 0-2 (10-11, 6-11) pada aksi penentuan tempat ketiga.

Pingat emas acara ini milik wakil tuan rumah, England, James Willstrop-Declan James selepas menewaskan rakan senegara, Adrian Waller-Daryl Selby, 2-1 (11-3, 7-11, 11-9).

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker