Lagi kes terjun jambatan Pulau Pinang

Oleh – Syeikh Baran


Lagi kes terjun Jambatan Pulau Pinang

 Lelaki dan wanita dipercayai terjun dari Jambatan Pulau Pinang dalam kejadian di Kilometer 2.8 menghala ke Perai, di sini, hari ini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai, Shahrul Munawer Taharen, berkata terdahulu pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.49 malam.

Beliau berkata, kedua-dua individu itu menaiki kereta jenis Honda Civic sebelum memberhentikan kenderaan berkenaan di atas jambatan.

“Difahamkan berlaku pertelingkahan membabitkan kedua-duanya sebelum mereka terjatuh ke dalam laut.

Lagi kes terjun Jambatan Pulau Pinang

“Terdapat lelaki yang juga orang awam di lokasi bertindak terjun menyelamatkan mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Shahrul Munawer berkata, mangsa kemudian dibawa menaiki bot oleh nelayan yang kebetulan berada di lokasi.

Katanya, mereka kemudian dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Batu Uban sebelum diberikan rawatan awal.

“Kedua-dua mangsa berusia 30-an yang mana lelaki itu mengalami cedera di kepala dan mereka sudah dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.

“Kes kemudian diserah kepada pihak polis bagi tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 8.35 malam,” katanya.

Kejadian itu turut tular di media sosial menerusi video berdurasi 17 saat yang memaparkan pasangan itu terapung di permukaan air.

Pertengkaran dipercayai membabitkan masalah peribadi, namun tidak diketahui hubungan mereka.

Difahamkan, orang awam yang terjun ke laut bagi menyelamatkan mangsa adalah seorang anggota tentera.

Sumber – Berita Harian

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker