Nakagami harap kekal di MotoGP

Nakagami harap kekal di MotoGP

Nakagami harap kekal di MotoGP
NAKAGAMI belum dapat disahkan kekal bersama Honda musim depan ketika pasukan itu berdepan kesukaran untuk menghasilkan jentera kompetitif. – AFP

LONDON – Masa depan pelumba Jepun, Takaaki Nakagami dalam saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) pada musim depan bersama Honda masih belum diputuskan, namun pelumba berusia 31 tahun berharap dia kekal untuk membantu pasukan tersebut.

Seperti sedia maklum, Honda ketika ini berdepan masalah untuk mencari kemenangan semula dan hanya Alex Rins berjaya meraih podium sewaktu pusingan ketiga di Grand Prix (GP) Amerika Syarikat.

Kemenangan selebihnya musim ini sepanjang lapan pusingan dimenangi oleh jentera Ducati iaitu menerusi Francesco Bagnaia dengan empat kemenangan, Jorge Martin (Pramac Racing) satu kemenangan dan Marco Bezzecchi (VR46) dengan dua kemenangan.



Justeru, Nakagami berharap dengan pengalaman selama enam tahun sejak beralih ke kelas perdana tersebut pada 2018, dia sedikit sebanyak dapat membantu Honda keluar daripada masalah.

“Saya harap kekal bersama Honda tahun depan. Itu adalah keutamaan saya ketika ini dan pertama sekali saya ingin menunjukkan potensi saya bersama Honda.

“Kedua saya mahu menolong pasukankerana kita tahu sekarang ini Honda berada dalam situasi yang sukar. Saya mempunyai banyak pengalaman. Jika mereka membantu saya, saya boleh membantu mereka.

“Sebaik sahaja kami menerima komponen yang baik, saya fikir Honda mempunyai potensi untuk pergi lebih jauh,” kata Nakagami yang kini bersaing bersama LCR Honda.



Rakan sepasukan Nakagami, Alex Rins dilaporkan berada di ambang perpindahan 2024 untuk menyertai Yamaha selain Marc Marquez dan Joan Mir juga disebut-sebut bakal menyertai pasukan lain. – AGENSI

Nakagami harap kekal di MotoGP


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PN Akan PECAH Sebab Bayan Lepas



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button