“Saya tiada papan cai” – Arman Azha

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


"Saya tiada papan cai" - Arman Azha

 

Senator Dato Arman Azha menyatakan beliau tidak mempunyai pasukan khusus untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno. “Saya tiada papan cai”, ringkas jawapannya apabila ditanya mengenai susunan dalam pasukannya.

Arman membawa tanda pagar ‘Kembali Hebatkan Pemuda’ sebagai slogan bertanding jawatan turut menytakan akan mempertahankan jawatan Ketua Bahagian Umno Subang.

Beliau yang mahu demokrasi dalam Umno dihidupkan kembali apabila kurang bersetuju wujudnya ‘papan cai’ yang akan mengekang pilihan perwakilan.

Arman juga memohon Lembaga Tatatertib dan Lembaga Disiplin untuk melonggarkan sedikit syarat ketat yang dikenakan dalam teknikal pemilihan Umno.

Ini bagi membolehkan semua calon memperkenalkan diri serta visi calon bagi memberi pemahaman kepada para perwakilan untuk memudahkan mereka memilih.

Apabila ditanya mengenai dakwaan seorang penulis sebuah akhbar mengenai projek yang beliau terima semasa Dato Sri Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri, Arman mencabar penulis tersebut membuktikan dengan menampilkan bukti kukuh dakwaan.

Bagi Arman, semua itu hanya persepsi dan sebagai pemimpin dalam politik, inilah asam garam politik yang perlu diharungi.

Arman Azha-Saya tiada papan cai

Beliau juga menyeru agar ‘perang dalaman’ dihentikan seusai tempoh pemilihan kelak bagi memberi tumpuan kepada pemerkasaan parti.

Temubual eksklusif MyTvOnline bersama beliau berlangsung di pejabatnya di Publika.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker