Tak puas hati ‘servis’, lelaki pukul pelacur

Tak puas hati ‘servis’, lelaki pukul pelacur

Tak puas hati 'servis', lelaki pukul pelacur
GAMBAR HIASAN

Singapura: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara enam minggu oleh mahkamah di sini, Selasa lalu, kerana menyerang seorang pekerja seks selepas tidak berpuas hati dengan perkhidmatan diterimanya.

Channel News Asia (CNA) melaporkan, Goh Jun Liang, 28, mengaku bersalah atas satu pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap mangsa.

Mahkamah diberitahu bahawa Goh adalah warga Malaysia yang bekerja sebagai pembungkus di sebuah syarikat farmaseutikal.

Pada 16 April tahun ini, Goh sedang melayari laman web yang mengiklankan perkhidmatan seks apabila dia menemui profil mangsa.

Ia mengiklankan aktiviti seksual dengan harga 130 dolar Singapura (kira-kira RM445), dan Goh mengatur pertemuan lewat malam itu.

Selepas itu, Goh meminta ‘pusingan kedua’ dan menyerahkan 130 dolar Singapura kepada mangsa.

Selepas ‘pusingan kali kedua’ itu, Goh merasakan wang yang sudah dibayarnya kepada mangsa “tidak berbaloi, dan memutuskan untuk mengambil semula wang itu secara paksa”, kata pendakwa raya.

Goh melihat botol air buatan logam yang berada di atas meja dan mengambilnya. Apabila wanita itu membelakanginya, dia memukul belakang dan leher wanita itu sambil meminta supaya wangnya dikembalikan.

Mangsa bersetuju untuk memulangkan 260 dolar Singapura (kira-kira RM890), tetapi Goh tidak berhenti memukulnya sehingga mangsa menyerahkan wang tunai itu.

Selepas Goh beredar, mangsa menghubungi rakannya dan membuat laporan polis.

Mangsa mengalami bengkak pada bahunya dan masih berasa sakit di kepala walaupun beberapa jam selepas serangan itu, tetapi menolak untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Tak puas hati ‘servis’, lelaki pukul pelacur


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PRK Pelangai, PAS Pahang hanya ‘Juara Jual Minyak’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker