Warga emas maut kereta dipandu dirempuh sebelum terbakar

 

Oleh – Syeikh Baran


Warga emas maut kereta dipandu dirempuh sebelum terbakar
ANGGOTA bomba BBP Yong Peng melakukan kerja-kerja mengeluarkan mangsa dalam kemalangan di Jalan Muar, Parit Yaani, Batu Pahat hari ini.

Seorang warga emas menemui ajal dalam perjalanan untuk bersarapan apabila kereta Perodua Viva yang dipandu terlibat dalam kemalangan tiga kenderaan di di Jalan Muar – Parit Yaani, pagi tadi.

Lebih menyayat hati, mangsa, Shahri Abu, 69, turut rentung dalam kemalangan pada pukul 9.20 pagi itu selepas kereta dipandunya terbakar.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan itu melibatkan Perodua Viva, sebuah Lori Scania, Perodua Bezza dan kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux.

“Hasil siasatan awal mangsa yang bekerja sendiri datang dari arah Yong Peng hendak pergi sarapan berhampiran kawasan kejadian.

“Apabila sampai di lokasi, kenderaan dipandu mangsa itu ingin masuk ke simpang sebelah kanan dan kemudian datang Hilux dipandu seorang lelaki warga tempatan, 31, dari arah yang sama terlanggar belakang kereta warga emas tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ismail, pelanggaran itu telah menyebabkan Perodua Viva berkenaan terbabas masuk arah bertentangan, namun pada masa sama lori dipandu seorang lelaki berusia 23 tahun yang datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak dan melanggar kereta tersebut.

Ujarnya, pelanggaran itu juga menyebabkan lori berkenaan terbabas ke laluan bertentangan seterusnya melanggar kereta Perodua Bezza yang berada di belakang kenderaan pacuan empat roda tadi.

Akibat daripada kemalangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah kerana tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian dan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng, Pegawai Bomba Kanan II Badrul Hisyam Loi berkata, sembilan anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Kebakaran berjaya dipadamkan oleh orang awam sebelum pihak bomba sampai. Kebakaran dianggarkan memusnahkan dua peratus daripada keseluruhan kereta,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker