“Itu adalah satu pembohongan” , Najib bidas Muhyiddin

 

Dato Sri Najib membidas dakwaan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menuduh beliau bertanggungjawab merosakkan Felda.

Dalam sesi pertemuan dengan peneroka Felda Tenang, Najib menjelaskan apa yang telah beliau usahakan untuk peneroka Felda.

 

“ada pula si Mahyuddin ni berkata, saya kononnya saya telah merosakkan Felda, itu merupakan satu pembohongan”

“saya telah cuba perkenalkan pelbagai bantuan untuk peneroka Felda, dulu tiada bonus raya saya usahakan dapat bonus raya, skim pinjaman perumahan tanpa faedah saya perkenalkan” – Najib Razak.



Kontroversi berkaitan Felda mula timbul apabila Muhyiddin mendakwa Perikatan Nasional telah banyak membantu peneroka Felda selama memerintah selama17 bulan. Beliau juga mendakwa Perikatan Nasional telah mengusahakan hutang peneroka felda dihapuskan.

Bagaimanapun dakwaan Muhyiddin tercalar apabila Pengerusi Perhubungan Negeri Umno Pahang, Dato Sri Utama Wan Rosdy Wan Ismail menyatakan Pengerusi Felda, Dato Seri Idris Jusoh merupakan individu yang bertanggungjawab menaikkan semula imej Felda selepas zaman Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan, Perikatan Nasional semakin terdesak

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker