“Rakyat akan menilai hasil kerja BN” – Wan Rosdy

Oleh – Editor


"Rakyat akan menilai hasil kerja BN" - Wan Rosdy

Menteri Besar Pahang, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail yakin rakyat menilai hasil kerja BN (Barisan Nasional) sejak kekalahan pada PRU14 lepas. Beliau menyifatkan kekalahan pada PRU14 adalah kerana tohmahan serta fitnah yang dilemparkan kepada BN.

Wan Rosdy berkata demikian semasa ditemui selepas Majlis Penyampaian Notis 5A Skim Tanah Rakyat di Laman Sejahtera Sg Koyan semalam.

"Rakyat akan menilai hasil kerja BN" - Wan Rosdy

Menteri Besar Pahang itu turut menyatakan, di negeri Pahang, kerajaan BN tidak pernah mengasingkan atau mengenepikan rakyat dari kaum lain dalam hal kebajikan serta ekonomi negeri.

Pelbagai bantuan diberikan BN kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum atau politik. 

Sebelum itu, Wan Rosdy sempat menyantuni Majlis Pecah Tanah untuk Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Jelai di RTP Sg Ular.

"Rakyat akan menilai hasil kerja BN" - Wan Rosdy

Kerajaan negeri turut menyalurkan bantuan kepada penerima bantuan yang layak semasa majlis tersebut berlangsung.

Wan Rosdy sempat berkongsi pengalaman beliau menerajui Kerajaan Negeri Pahang ketika zaman Pakatan Harapan berkuasa.

Pahang ketika itu ditekan dengan hutang negeri yang tinggi dan hanya mempunyai kemampuan kewangan yang sangat terhad.

Bagaimanapun, hasil kerjasama semua Exco Kerajaan Negeri dan Menteri Besar Pahang, membuktikan sehebat mana tekanan diberikan, Pahang tetap teguh bertahan. 

Dari hutang negeri berjumlah RM3 billion sewaktu diambil alih Wan Rosdy, kini Pahang boleh berbangga apabila hutang tersebut telah turun ke RM950 juta dalam tempoh 4 tahun.

Hasil kerajaan negeri juga turut meningkat ke RM1 billion dan pencapaian ini dibuktikan dengan angka serta fakta.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker