Remaja lelaki maut rempuh lori, adik dan sepupu cedera

Oleh – Syeikh Baran


Remaja lelaki maut rempuh lori, adik dan sepupu cedera
Keadaan lori dan motosikal Honda Wave yang terlibat dalam kemalangan meragut nyawa remaja di Jalan Kepong, Kuala Terengganu hari ini.

Seorang pelajar tingkatan empatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin maut setelah motosikal Honda Wave dinaikinya merempuh belakang sebuah lori yang diletakkan di tepi jalan berhadapan Loji Air Kepong 1 di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada 2.30 pagi tersebut, mangsa, Muhammad Alauddin Shammunaha, 16, mengalami cedera parah pada bahagian kepala sebelum meninggal dunia selepas sejam setengah menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.



Adik mangsa, Muhammad Adam Haiy, 14, dan sepupu mereka, Muhammad Afi Haikal Abdul Malik, 16, yang membonceng motosikal terbabit pula masing-masing cedera ringan pada tangan dan kaki.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, sewaktu kejadian, ketiga-tiga mangsa yang menaiki motosikal Honda Wave dikatakan perjalanan ke sebuah tempat perbuangan sampah berhampiran dengan rumah Muhammad Alauddin di Kampung Kepong di sini.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal dinaiki mereka dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas merempuh belakang sebuah lori yang diletakkan di tepi jalan.

“Impak rempuhan itu menyebabkan Muhammad Alauddin cedera parah pada bahagian kepala manakala Muhammad Adam Haiy dan Muhammad Afi Haika pula cedera ringan,” katanya di sini hari ini.



Azli berkata, Muhammad Alauddin telah dikejarkan ke Unit Kecemasan HSNZ namun meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan pada pukul 4 pagi.

Tambah beliau, dua mangsa pula mendapat rawatan sebagai pesakit luar di hospital sama.

“Kes disiasat mengikut Sekyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button