Parlimen Indonesia luluskan perjanjian ekstradisi dengan Singapura

Parlimen Indonesia luluskan perjanjian ekstradisi dengan Singapura

Parlimen Indonesia luluskan perjanjian ekstradisi dengan Singapura

JAKARTA: Parlimen Indonesia meluluskan undang-undang perjanjian ekstradisi dua hala dengan Singapura bagi membantu pihak berkuasa menahan individu yang menyembunyikan berbilion dolar wang negara di luar pesisir di negara kota itu.

Ketiadaan perjanjian ekstradisi menjadi isu sensitif bagi Indonesia, yang mengadu tentang kesukaran untuk mengejar beberapa pelarian yang dituduh menggelapkan dana besar semasa krisis kewangan Asia pada 1997 hingga 1998.

Di bawah perjanjian ekstradisi yang ditandatangani oleh pemimpin negara pada Januari lalu, individu yang melakukan 31 jenis jenayah akan bertanggungjawab untuk diekstradisi dan ia akan terpakai kepada kesalahan yang dilakukan sehingga 18 tahun lalu.



Perjanjian itu juga bermakna penjenayah tidak akan dapat melarikan diri daripada keadilan dengan menukar kewarganegaraan mereka.

Bercakap selepas kelulusan Parlimen, Menteri Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia, Yasonna Laoly berkata, undang-undang itu akan memberikan satu ketetapan untuk kedua-dua negara dalam proses mengekstradisi pelarian.

Singapura berkata, perjanjian itu juga akan membantu usaha Indonesia menghalang penjenayah yang disyaki melarikan diri ke luar negara dan untuk mereka ditangkap di Indonesia.

Indonesia menubuhkan pasukan petugas β€˜BLBI’ yang mencari dana bernilai AS$8 bilion (RM35 bilion) yang diberikan kepada pemilik bank dan peminjam selepas krisis kewangan Asia pada akhir 1990-an yang tidak pernah dibayar balik.-REUTERS



SPRM perlu soal siasat doktor beri Cuti sakit kepada Zeti , sama seperti siasat Rosmah.

Parlimen Indonesia luluskan perjanjian ekstradisi dengan Singapura


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


SPRM perlu soal siasat doktor beri Cuti sakit kepada Zeti , sama seperti siasat Rosmah.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker