Imam maut ditimpa kelapa

Imam maut ditimpa kelapa

Imam maut ditimpa kelapa
Aisa Ujang (gambar kecil) maut selepas ditimpa kelapa ketika mengait buah itu dalam kejadian pagi semalam.

JEMPOL: Imam Masjid FELDA Raja Alias 2 di sini, maut selepas ditimpa kelapa ketika mengait buah itu dalam kejadian pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, berkata dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, Aisa Ujang, 66, meninggal dunia selepas dua jam menerima rawatan di Hospital Jempol di sini.

Beliau berkata, berdasarkan keterangan anak mangsa, kejadian berlaku di belakang rumah kerana mangsa ada menanam pokok kelapa.



“Buah kelapa akan dikait selang dua minggu untuk dijual kepada peniaga dan kejadian itu disaksikan oleh isteri mangsa.

“Sejurus kejadian berlaku, isteri mangsa terus mendapatkan bantuan ahli keluarga dan jiran berdekatan untuk menghantar mangsa ke hospital bagi mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia selepas dua jam menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Chang Hook berkata, doktor yang memberikan rawatan mendapati tiada kesan luka disebabkan senjata tajam seperti parang atau sabit.

Katanya, mangsa mengalami kecederaan dalaman pada bahagian kepala.



“Anak mangsa turut memaklumkan mangsa mempunyai sejarah sakit jantung sejak 2018 dan darah tinggi sejak 2010 dan sentiasa mendapatkan rawatan di klinik dan hospital berhampiran sehingga kini,” katanya.

Imam maut ditimpa kelapa


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Benarkah BERSATU berpecah kepada 4 kem?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button