Wanita Hantar 150 Mesej Sehari Kepada Bekas Teman Lelaki

Di London, seorang wanita bakal berdepan hukuman penjara selepas mengganggu bekas teman lelakinya. Wanita yang dikenali sebagai Michelle Felton, telah menghantar lebih 1,000 mesej teks dalam seminggu kepada bekas teman lelakinya agar mereka dapat kembali bersama.

Hantar mesej 150 kali sehari

Menerusi laporan Metro UK, Michelle telah menelefon dan menghantar mesej kepada Ryan Harley sehingga 150 kali sehari selepas mereka berpisah. Antara beratus-ratus teks, Michelle menulis: “mengapa anda tidak mahu bercakap dengan saya? Saya sayang awak. Adakah kita bertemu malam ini? Adakah kita akan keluar?’”

Berikutan daripada itu, Harley menghubungi pihak polis dan memaklumkan hal tersebut. Lebih teruk, bekas kekasihnya itu mula meninggalkan hadiah di depan pintu rumahnya.

Saya tidak mahu lagi semua ini dan perbuatan ini perlu dihentikan.

Bercerita lanjut mengenai hubungan mereka sebelum ini, Harley berkata Michelle sering mengawalnya sepanjang hubungan mereka. Malah, wanita itu mengaku bersalah kerana melakukan gangguan terhadap Harley. Pasangan itu mula bercinta pada Mei 2020 tetapi berpisah pada Februari selepas Michelle menendang Harley di pangkal paha ketika mereka bertengkar. Lebih teruk, Harley tidak sengaja mencederakan jari Michelle ketika kejadian itu berlaku.

Sumber: Metro UK

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker