Carr tawan puncak Genting Highlands

Carr tawan puncak Genting Highlands

Carr tawan puncak Genting Highlands
CARR sangat bermotivasi untuk menang kerana mahu mendedikasikan kemenangan itu kepada mendiang datuknya Tony Carr yang baru sahaja meninggal dunia Isnin lalu. – AMIR KHALID

GENTING HIGHLANDS – Pelumba pasukan EF Education-Easypost, Simon Carr membawa semangat mendiang datuknya untuk menawan puncak Genting Highlands selepas tampil cemerlang pada perlumbaan Peringkat 5 Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 semalam.

Pelumba berusia 25 tahun dari Britain tersebut ternyata mempunyai kaki besi apabila menawan peringkat yang dikenali sebagai ‘Queen Stage’ selepas menempuh perjalan berliku sepanjang 126.4 kilometer (km) dari Slim River ke puncak penamat kategori ‘Hors’ Genting Highlands semalam.

Simon yang menjadi pelumba pertama sampai ke garisan penamat berkata, sepanjang perjalanan dia mahu mendedikasikan kemenangan tersebut kepada mendiang datuknya, Tony Carr yang meninggal dunia, Isnin lalu.

“Jelas perlumbaan hari ini agak sukar tetapi kami mengekalkan kelajuan tinggi dari mula pendakian dan kami beraksi dengan cukup cemerlang.

“Bagi saya kemenangan ini amat bermakna bukan hanya kerana saya memccenangi perlumbaan tetapi sebenarnya saya sangat bermotivasi untuk menang kerana datuk saya (Tony Carr) baru sahaja meninggal dunia Isnin lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Yang PAS Tak Mampu Lakukan Waktu Bersama DAP Sebagaimana UMNO


“Dia adalah peminat nombor 1 saya dan saya benar-benar mahu memenangi perlumbaan ini untuknya,” kata Carr yang merekodkan kemenangan peringkat ketiganya bagi musim ini.

Pada saingan itu, Carr menamatkan perlumbaan dengan catatan tiga jam 24 minit 6 saat (s), manakala rakan sepasukannya, Jefferson Alexander Cepeda ketinggalan 0:39s di belakang untuk berada di tempat kedua.

Melengkapkan pentas podium ialah pelumba Sepanyol dari Equipo Kern Pharma, Pablo Castrillo, 0:48s di belakang Carr.

Untuk rekod, pakar pendakian itu meraih kemenangan di Pe­ringkat 4 La Route d’Occitanie-La Depeche du Midi dan Peringkat 5 Tour of the Alps.

Kemenangan itu menyaksikan jersi Hijau selaku pendahulu ke­seluruhan berubah tangan kepada Carr dengan catatan 19:25:10s, manakala Cepeda di kedudukan kedua dan Castrillo ketiga.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tidak benar ahli UMNO tidak berpuas hati dengan Amizar


Pelumba Tudor Pro Cycling Team, Simon Pellaud mengekalkan jersi Merah Polka Dot (Raja Bukit) dengan 32 mata, diekori Carr (20 mata) dan tempat ketiga Castrillo (13 mata).

Rakan sepasukan Pellaud, Arvid De Kleijn mengungguli Jersi Jingga (Raja Pecut) selepas mengumpul 30 mata, diikuti Enrico Zanoncello (Green Project-Bardiani CSF-Faizane) 29 mata dan pelumba Bolton Equities Black Spoke, George Jackson di tempat ketiga (27 mata).

Perlumbaan Peringkat 6 hari ini bermula dari Karak ke Melaka melibatkan jarak 174.5km dengan membabitkan tiga zon pecutan di Pelangai, Batu Kikir dan Kuala Pilah selain dua zon pendakian di Gapoi dan Luak Inas.

Carr tawan puncak Genting Highlands


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PAS sudah berstatus Parti “PERASUAH”  


 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker