Peminat dakwa Mount rakam video lebih awal

Peminat dakwa Mount rakam video lebih awal

Peminat dakwa Mount rakam video lebih awal
Peminat berjaya mengesan perbezaan warna rambut Mason Mount ketika dia merakam video perpisahan ditujukan kepada penyokong Chelsea. – Foto Instagram

LONDON: Peminat yang terlalu peka percaya Mason Mount merakam lebih awal video perpisahan penuh emosinya dan semuanya kerana warna rambut terkininya.

Mount bercakap kepada penyokong Chelsea dalam media sosial memberitahu mereka keputusannya untuk meninggalkan kelab itu dan alasan di sebalik tindakan itu.

Sesetengah peminat lebih memberikan tumpuan terhadap warna perang rambutnya yang mencetus spekulasi mengenai bila video itu dirakam.



Ia kerana gambar yang tular minggu ini menyaksikan Mount hadir di pusat latihan Manchester United, Carrington dengan warna rambut biasanya kelabu kehitaman.

Foto di laman Instagram pemain tengah itu memaparkan dia berambut perang selama tiga minggu termasuk ketika percutiannya di Sepanyol.

Peminat pantas menyedari perbezaan warna rambutnya dan menganggap video itu dirakam lebih awal malah sebelum dia bersetuju dengan terma peribadi bersama United.

Seorang penyokong menulis: “Hahaha… baru sahaja melihat Mount berambut perang dalam video perpisahannya, dia tidak akan kembali.”



Seorang lagi menambah: “Menangis, Mason Mount mempunyai video itu dalam drafnya sejak… kerana itu bukan warna rambut yang sama yang dia gunakan bagi ujian perubatannya hari ini.”

Peminat ketiga berkata: “Video Mason Mount mesti dirakam awal sebelum dia mempunyai rambut hitam pagi ini.”

Seorang lagi memberi komen: “Saya mahu tahu bila Mount merakam mesej perpisahan dia kerana semalam dia tidak berambut perang.

“Jadi ketika United sibuk berunding dengan Chelsea, Mount sudah sibuk merakam video itu?”

Tawaran United berharga £55 juta (RM325 juta) selain tambahan £5 juta (RM29.5 juta) terhadap Mount diterima Chelsea minggu lalu sebelum dia bersetuju dengan terma peribadi.

Bintang England itu dilihat di Carrington minggu ini sebelum memuktamadkan perpindahan itu, yang dijangka diumumkan minggu ini. – AGENSI

Peminat dakwa Mount rakam video lebih awal


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir tidak bertanding PRN tapi parti proksi yang tanding.



DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dr Mahathir Meroyan Lagi



DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mahathir tidak bertanding PRN tapi parti proksi yang tanding.



DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mahathir tidak bertanding PRN tapi parti proksi yang tanding.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker