Muhyiddin U-Turn, Hamzah Berputih Mata

Muhyiddin U-Turn, Hamzah Berputih Mata

Sebaik sahaja presiden PPBM, Muhyiddin Yasin, mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan presiden PPBM dalam pemilihan parti tahun hadapan, Hamzah menerimanya dengan gembira.

Ini jelas dalam sidang media yang diadakan selepas itu, Hamzah membuat pengumuman MPT PPBM menerima keputusan tersebut.

Walau pun ketika itu, MPT PPBM sebenarnya belum pun bermesyuarat untuk membincangkan perkara tersebut.



Hamzah ketika itu merasakan laluan beliau untuk menjadi presiden PPBM dan pengerusi Perikatan Nasional sudah terbuka luas.

Namun, ketika ucapan penangguhan, sebagaimana yang diduga, Muhyiddin membuat ‘u-turn’.

Paling mendangkalkan, Muhyiddin memaklumkan beliau menarik balik pengumuman sebelum ini selepas mendapat ‘arahan’ dari isteri beliau.



Persoalannya, adakah selama 18 bulan menjadi perdana menteri, negara sebenarnya ditadbir oleh isteri beliau?

Apabila Muhyiddin membuat ‘u-turn’, dilapurkan, yang paling kecewa adalah Hamzah Zainuddin.

Cahaya yang beliau nampak di hujung terowong, rupanya tidak kekal lama dan kembali menjadi sangat malap.

Dengan pengumuman Muhyiddin, ini berarti, sekiranya Hamzah mahu merebut jawatan presiden PPBM, beliau mesti menentang Muhyiddin.



Sebenarnya, Hamzah sudah masuk dalam perangkap yang dipasang oleh Muhyiddin.

Tidak pernah berlaku, seorang pemimpin mengumumkan persaraan setahun lebih awal dari tarikh persaraan.

Muhyiddin sedar, di dalam PPBM, sudah ada kumpulan yang mula menentang beliau dan mahu beliau berundur.

Juga sudah sampai ke pengetahuan Muhyiddin, antara pemimpin tersebut adalah Hamzah Zainuddin sendiri.



Muhyiddin sengaja menggunakan Mesyuarat Agung Tahunan PPBM untuk mewujudkan momentum menyokong beliau di kalangan akar umbi.

Sememangnya orang Melayu akan mudah terpengaruh dengan emosi, terutamanya emosi sedih.

Walau pun suasana dewan ketika itu tidak sebagaimana yang Muhyiddin harapkan, tetapi ianya cukup untuk mempengaruhi akar umbi yang tidak hadir.

Dan sekiranya Hamzah bersikap gelojoh, Muhyiddin mempunyai masa yang cukup untuk melakukan pembunuhan karektor terhadap Hamzah.



Ternyata Hamzah sudah mendahului keputusan MPT melalui kenyataan beliau.

Kini Muhyiddin mempunyai ruang dan peluang yang cukup selesa untuk menghancurkkan impian Hamzah.

Muhyiddin U-Turn, Hamzah Berputih Mata

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button