594 mangsa banjir berada di lima PPS di Pahang

KUANTAN: Seramai 594 mangsa banjir daripada 132 keluarga berada di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah di negeri ini, setakat jam 8 pagi, hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Pahang dalam kenyataan hari ini, memaklumkan dua daerah terbabit ialah di daerah ini dan Raub.

Empat PPS yang dibuka di daerah ini ialah PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Karang, SK Beserah, SK Sungai Ular dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pelindung yang membabitkan 554 mangsa daripada 119 keluarga.



Manakala di Raub pula membabitkan 40 mangsa daripada 13 keluarga yang berada di PPS Dewan Kampung Pia.

Sementara itu, menerusi laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Keratong di Jalan Kota Bahagia, Rompin merekodkan bacaan air sungai melepasi paras bahaya setakat jam 8 pagi, hari ini.

Sungai Keratong merekodkan bacaan 11.75meter (m) kerana paras bahaya yang ditetapkan ialah 11m.

Dua sungai pula melepasi paras amaran iaitu Sungai Lipis di Batu Malim, Raub dan Sungai Luit Luit di Kampung Subuh, Maran.



Lapan sungai lagi merekodkan bacaan melepasi paras waspada iaitu Sungai Jelai di Kuala Medang dan Sungai Jelai di Jeti Lipis, Lipis.

Selain itu, Sungai Dong di Kampung Peruas, Raub; Sungai Triang di Triang, Bera; Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera; Sungai Kuantan di Pasir Kemudi, di sini dan Sungai Belat di Seri Damai, di sini.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button