Apabila yang tandatangan Proklamasi Melayu hina Raja melayu, apa boleh diharapkan?

Amat malang apabila seorang individu yang datang kunjung kerumah Tun Mahathir untuk tandatangan Proklamasi Melayu dan perjuangan untuk Melayu tiba tiba didapati ada kes menghina Sultan @ Raja Melayu.

Disitu sahaja sudah nampak cacat celanya Proklamasi Melayu anjuran Mahathir.

Jika Raja Melayu ditolak “Raja” nya maka ia tetap individu Melayu juga yang harus dibela bagai dicanang Proklamasi Melayu Mahathir.

Jadi untuk apakah sebenar nya Proklamasi Melayu itu jika Raja orang melayu dihina?

 

Adakah ia bagai disangka hanya sekadar alat atau “platform” untuk Mahathir memancing orang Melayu menyokong politik peribadi kerana telah hilang kepercayaan orang Melayu hatta hilang deposit apabila bertanding dikawasan majoriti Melayu?

Ketika Mahathir dan parti parti yang membawa jenama nya hilang deposit disemua temat ia bertanding pada PRU15 ia satu pembuktian Mahathir alami defisit kepercayaan orang melayu.

Orang Melayu sah menolak Mahathir secara total..

Ini menjadikan Mahathir gelabah dan hilang arah tujuan politik kerana sebelum hal ini ., Mahahir telah hilang kepercayaan orang Cina dan orang bukan Melayu apabila beliau tidak menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim selepas Dua tahun bagai yang dijanjikan.

Maka, setelah berfikir ., maka Mahathir pun mencipta Proklamasi Melayu untuk menarik minat orang Melayu supaya datang berkerumun kepada nya untuk membela nasib orang melayu yang Mahathir sendiri gagal bela selama 22 tahun dan kemudian 22 bulan menjadi Perdana Menteri.

Ekuiti pemilikan bumiputera selama Mahathir memerintah tidak naik pun tetap ditakuk lama beliau memerintah , sebagai pembuktian Mahathir tidak minat membantu Melayu.

Kembali kepada topik diatas, amat malang apabila pemimpin yang menandatangani Proklamasi Melayu didapati menghina Sultan @ Raja Melayu didalam ucapan politik nya.

Menteri Besar Kedah Datuk Sanusi Md Nor dihadapkan ke mahkamah Selayang hari ini atas beberapa pertuduhan berkaitan ucapan nya menghina Sultan negeri lain .

Sanusi ada lah antara yang sudah menandatangani  Proklamasi Melayu di rumah Mahathir.

Sebelum peristiwa Sanusi didakwa, Pencipta Proklamasi melayu , ia itu Tun Maahathir juga disoal siasat oleh Polis kerana menghina Raja Melayu.

Benar lah bagai dianggap oleh beberapa pihak bahawa Proklamasi Melayu sekadar alat untuk Mahathir bertapak bagi berlawan dengan musuh politik nya.

Pengisian terhadap Proklamasi semua nya kosong belaka dan sekadar retotik sahaja.

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker