Bella harap semua proses dipermudahkan

 

Oleh Razak Hasan

Bella harap semua proses dipermudahkan
BELLA Astillah tiba di mahkamah pada pukul 11.50 pagi sebentar tadi.

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah tiba di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sekitar jam 11.50 pagi bagi sebutan kedua perceraian talak dengan kebenaran mahkamah terhadap suaminya, Aliff Aziz.

Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, yang mengenakan jubah rona biru muda hanya berharap semua proses hari ini dipermudahkan.

“Saya hanya berharap, semoga semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar.

“Minta doakan saya ye,” ujarnya kepada Kosmo! Online.

Pada 13 Mac lalu, Bella telah memfailkan perceraian talak secara ekpres terhadap Aliff secara ekspres namun penyanyi itu tidak muncul pada hari perbicaraan.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.

Pasangan itu pernah mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali kantoi berlaku curang namun kembali rujuk ketika Bella dalam tempoh edah.

Terdahulu, rumah tangga Bella dan Aliff, sekali lagi menjadi topik hangat apabila suaminya itu didakwa terbabit dalam kes khalwat bersama pelakon, Ruhanies, 32, di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 8 Mac lalu.

Manakala Bella mengakui berlaku curang dengan pelakon baharu Muaz Zabir pada tahun lalu atas sebab mahu membuatkan suaminya yang ketika itu mempunyai skandal berasa cemburu. — KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker