Negaraku berkumandang buat kali keenam

KUALA LUMPUR: Lagu Negaraku berkumandang buat kali keenam di Pusat Akuatik My Dinh selepas gandingan penerjun, Jellson Jabillin dan Hanis Nazirul Jaya Surya memenangi pingat emas acara 10 meter (m) platform seirama lelaki Sukan SEA Hanoi, sebentar tadi.

Kemenangan gandingan itu membolehkan mereka meletakkan nama sebagai penyumbang emas keenam buat kontinjen Malaysia di bumi Hanoi.

Jellson dan Hanis mempamerkan prestasi cemerlang apabila mengumpul keseluruhan 345.93 mata sekali gus mengatasi tiga pencabar lain.



Gandingan Singapura Jonathan Fan Keng Chan dan Lee Shen Oon Max yang dilihat pada awalnya mampu menggugat kedudukan Malaysia mengakhiri perjuangan di tempat kedua dengan keseluruhan 322.50 mata bagi meraih perak.

Gangsa dalam acara itu menjadi milik gandingan Vietnam, Nguyen Quang Dat dan Dang Hoang Tu selepas mereka memperoleh 251.46 mata.

Terdahulu, Wendy Ng Yan Yew menyumbang emas kelima kontinjen Malaysia selepas mengungguli acara 3m papan anjal individu wanita.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button