Pemandu bas kilang ditahan bantu siasatan kerosakan poster parti

Pemandu bas kilang ditahan bantu siasatan kerosakan poster parti
Pemandu bas kilang ditahan bantu siasatan kerosakan poster parti

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang pemandu bas kilang bagi membantu siasatan berhubung insiden poster sebuah parti politik dirosakkan, pada 29 Ogos lalu.Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata lelaki tempatan berusia 62 tahun itu ditahan dalam satu serbuan di kawasan Skudai Kiri, Tampoi, di sini, jam 5.35 pagi tadi.

Katanya, suspek warga emas itu ditahan oleh sepasukan polis daripada Team Cantas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor.

“Pada 29 Ogos lalu, polis menerima laporan polis berhubung kes khianat berkaitan poster sebuah parti politik yang dipasang di kawasan Tampoi telah dirosakkan menggunakan senjata tajam.

“Hasil semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau.



“Dalam serbuan itu polis turut merampas sehelai bendera parti politik, sebilah pisau mata gergaji, kamera papan pemuka bas kilang, sebuah bas kilang dan telefon bimbit,” katanya menerusi satu kenyataan media di sini, hari ini.

Kamarul Zaman berkata, suspek direman empat hari bermula hari ini sehingga 4 September depan, dengan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Pemandu bas kilang ditahan bantu siasatan kerosakan poster parti


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apakah Ada Sinar Keadilan Untuk Najib Dengan Perlantikan Ahmad Terrirudin?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker