Dulu Tuduh Najib Zalim, Perompak Tapi Kini…

Dulu Tuduh Najib Zalim, Perompak Tapi Kini

Dulu Tuduh Najib Zalim, Perompak Tapi Kini…

 

DULU:

 Cukai GST 6% dikatakan bebankan rakyat, DS Najib zalim, tidak fikirkan rakyat…

KINI:

Cukai SST 10%+8%, LVGT 10%, DST 8%, CGT 10%, HVGT 10% tidak bebankan rakyat, paling win, ianya sangat berpatutan…😜😜😜

DULU:

Lynas bahayakan kesihatan rakyat, bakal mutasikan rakyat, wajib ditutup segera…

KINI:

Lynas adalah pelaburan penting yang akan memanfaatkan industri berteknologi tinggi Malaysia, pendek kata Lynas mesti diteruskan…😜😜😜

DULU:

Pertumbuhan KDNK 5.9% bermakna ekonomi Malaysia lemah, DS Najib gagal uruskan ekonomi negara…

KINI:

Pertumbuhan KDNK 3.7% bermakna ekonomi Malaysia mantap dan berada di landasan yang betul, tak tahulah landasan keretapi atau landasan kapalterbang…😜😜😜

DULU:

Ringgit pada nilai RM3.96, sangat lemah, dunia sudah hilang keyakinan terhadap Malaysia…

KINI:

Ringgit pada nilai RM4.80 tidak gambarkan keadaan sebenar Malaysia…😜😜😜

DULU:

Hutang negara pada RM686.8b (nisbah hutang 50%) bermakna Malaysia sudah bankrap…

KINI:

Hutang negara pada RM1.2 trilion (nisbah 64.3%) bermakna hutang masih terkawal, negara tak bankrap…😜😜😜

DULU:

Perbelanjaan tahunan kerajaan masa DS Najib pada RM220b ke RM260b setahun bermakna DS Najib sangat boros dan berlakunya banyak ketirisan…

KINI:

Perbelanjaan tahunan kerajaan pada RM390b setahun tidak boros dan tiada ketirisan, kira macam perbelanjaan berhemah…😜😜😜

DULU:

Tabung Haji dalam bahaya sebab disamun DS Najib…

KINI:

Tabung Haji bayar Hibah rendah memanjang, kos haji semakin naik, kuota haji berkurang bermakna TH telah diselamatkan…😜😜😜

DULU:

Hutang RM8b bermakna FELDA sudah disamun DS Najib…

KINI:

Hutang RM15b tidak bermakna FELDA disamun sesiapa, dalam keadaan baik dan terkawal…😜😜😜

DULU:

Dividen tinggi LTAT, tidak pernah jatuh ke defisit bermakna DS Najib telah gagalkan tentera…

KINI:

Dividen rendah memanjang, sehingga LTAT jatuh ke defisit sejak tahun 2020, kira ok…😜😜😜

DULU:

Bantuan BR1M yang diperkenalkan DS Najib bermakna DS Najib rasuah pengundi…

KINI:

Bantuan tunai bermakna kerajaan ikhlas untuk bantu rakyat…😜😜😜

DULU:

DS Najib kejam sebab mahu tarik subsidi pukal…

KINI:

Ini adalah langkah adil untuk selamatkan kewangan kerajaan…😜😜😜

Masih tidak nampak lagikah, masih kata DS Najib penyamunkah dan masih lagi mahu DS Najib terus dipenjarakan!!!

Kredit: FB Najib Razak

Dulu Tuduh Najib Zalim, Perompak Tapi Kini…

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker