Bekas PM Itali tinggalkan harta pusaka berbilion dolar

Bekas PM Itali tinggalkan harta pusaka berbilion dolar

Bekas PM Itali tinggalkan harta pusaka berbilion dolar
SILVIO Berlusconi. FOTO AFP

Rom: Bekas perdana menteri Itali, Silvio Berlusconi, yang meninggal dunia pada Jun lalu, dilaporkan meninggalkan harta pusaka bernilai berbilion dolar untuk saudara dan rakan rapatnya.

Mengikut wasiat Berlusconi, dua anak sulungnya Marina dan Pier Silvio bakal mendapat manfaat paling banyak, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik Agensi Berita Ansa pada Khamis.

Kedua-dua anak hasil perkahwinan pertama Berlusconi, bakal memperoleh 53 peratus kepentingan dalam syarikat induk Fininvest.

Firma itu pemegang saham utama dalam MediaForEuropa (MFE) yang sebelum ini dikenali sebagai Mediaset dan pemegang saham majoriti penyiar televisyen Jerman ProSiebenSat.1.

Selain itu, Marina dan Pier Silvio turut memperoleh hartanah lain termasuk vila.

Berlusconi meninggal dunia pada usia 86 tahun.

Tiga anak daripada perkahwinan kedua – Barbara, Eleonara dan Luigi – masing-masing menerima saham dalam Fininvest.

Berlusconi turut mewariskan 100 juta euro (AS$109 juta) setiap seorang kepada pasangannya, Ahli Parlimen Marta Fascina, 33, dan abangnya Paolo.

Marcello dell’Utri yang menjadi orang kepercayaan Berlusconi menerima 30 juta euro.

Dia kini sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan berkaitan mafia

Bekas PM Itali tinggalkan harta pusaka berbilion dolar


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PAS bergolak , Tiga MB PAS akan bertukar selepas PRN?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker