Kanak-kanak OKU ditemui mati lemas

Oleh – Syeikh Baran


Kanak-kanak OKU ditemui mati lemas
Mayat kanak-kanak lelaki yang ditemui sudah meninggal dunia dipercayai akibat lemas di Sungai Muda di Kampung Tala dalam mukim Jeneri, Sik malam ini. GAMBAR KECIL: Allahyarham Muhamad Izhar.

Seorang kanak-kanak lelaki orang kelainan upaya (OKU) ditemui mati lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Muda di Kampung Tala dalam mukim Jeneri, di sini hari ini.

Pengerusi Briged Sukarela Yayasan Jariah Malaysia (BSYJM), Mahadzir Abdul Hamid berkata, mangsa dikenali sebagai Muhamad Izhar Arshad, 11, dari Kampung Tala dikatakan hilang dari rumah kira-kira pukul 4.30 petang tadi.



“Pusat operasi BSYJM bagaimanapun menerima maklumat berkaitan kehilangan mangsa yang merupakan OKU pembelajaran pada pukul 7.15 malam tadi setelah pencarian awal dilakukan oleh penduduk kampung.

“Seramai 10 anggota BSYJM kemudian bergegas ke lokasi kejadian untuk membantu dan usaha pencarian berjaya menemui pakaian mangsa di tebing sungai,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, operasi pencarian diteruskan di kawasan sungai dalam radius 30 meter sebelum mayat mangsa yang merupakan anak bongsu daripada daripada empat beradik ditemui di dasar sungai kira-kira pukul 8 malam tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman ketika dihubungi mengesahkan kejadian.



a mangsa, Arshad Mahmad, 49, menyedari anaknya tiada di rumah dan telah membuat pencarian di sekitar kawasan berhampiran tetapi tidak menemuinya. Seterusnya dengan bantuan penduduk kampung dan pasukan BSYJM, mangsa berjaya ditemui di dalam sungai dalam keadaan sudah tidak bernyawa,” ujarnya.

Tambahnya, mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Hospital Sik dengan pemeriksaan ke atas badan mangsa tidak menemui sebarang kecederaan luaran.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk dibedah siasat,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button