2 hari pemandu Waja hilang, mayat ditemukan dekat kereta terbabas

2 hari pemandu Waja hilang, mayat ditemukan dekat kereta terbabas

2 hari pemandu Waja hilang, mayat ditemukan dekat kereta terbabas
Kereta Proton Waja dipandu mangsa. – FOTO Ihsan Polis

KOTA TINGGI: Usaha ahli keluarga mencari seorang lelaki yang hilang sejak dua hari lalu akhirnya terjawab selepas mayatnya ditemukan di kawasan semak berdekatan bahu jalan di Kilometer 16 Jalan Bandar Penawar-Punggai, di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, berkata polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan sebuah kereta terbabas di lokasi kejadian pada jam 8.30 pagi tadi.

Beliau berkata, kemalangan membabitkan sebuah Proton Waja dan mayat mangsa turut berada di tempat kejadian.

“Pemandu kereta berusia 42 tahun dipercayai meninggal dunia berdekatan keretanya yang terbabas di lokasi kejadian. Siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa dalam perjalanan dari Bandar Penawar menghala ke Punggai.

Hussin berkata, hasil soal siasat dengan waris, mangsa sudah dua hari tidak pulang ke rumah sebelum mereka bersama beberapa orang awam keluar mencari dalam tempoh dua hari berkenaan.

“Tiada unsur jenayah dalam siasatan kes dan mangsa dipercayai terbabas sendiri ketika memandu kenderaan. Siasatan lanjut masih dijalankan bagi memastikan punca sebenar kejadian.

“Orang ramai dinasihatkan lebih peka dan mematuhi peraturan lalu lintas bagi memastikan keselamatan bersama,” katanya menambah kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

2 hari pemandu Waja hilang, mayat ditemukan dekat kereta terbabas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Antara Hadi Dan Mahathir, Siapa Tunggang Siapa Sebenarnya

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker