Pikap langgar 3 kenderaan, pemandu positif dadah – Polis

Pikap langgar 3 kenderaan, pemandu positif dadah – Polis

Pikap langgar 3 kenderaan, pemandu positif dadah - Polis
Insiden sebuah pikap melanggar kenderaan diparkir di tepi jalan berhampiran Plaza 33 di Petaling Jaya, malam tadi. – Foto ihsan polis

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditahan selepas pikap dipandunya melanggar tiga kenderaan yang diparkir di tepi jalan berhampiran Plaza 33 di Jalan Kemajuan, Seksyen 13 Petaling Jaya, dekat sini, ketika didakwa cuba lari daripada pemeriksaan polis, malam tadi.

Dalam insiden jam 7.25 malam itu, seorang individu awam yang berada di tempat kejadian turut dilaporkan mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata suspek warga tempatan berusia 43 tahun yang memandu pikap jenis Ford Ranger itu melarikan diri dari Jalan 19/1 Petaling Jaya.



“Terdahulu, sepasukan anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, sedang melakukan rondaan di lokasi terbabit sebelum ternampak kenderaan suspek dalam keadaan mencurigakan.

“Ketika anggota bertugas cuba memberhentikan kenderaan itu untuk menjalankan pemeriksaan, pemandunya enggan berhenti dan terus memecut.

“Suspek memandu secara berbahaya sebelum terbabas dan melanggar tiga kenderaan awam yang diletakkan di bahu jalan hadapan Plaza 33,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ketika kejadian, beliau berkata, terdapat seorang individu awam di situ dan mengalami kecederaan ringan di bahagian betis kiri dan kanan.



“Suspek kemudian berjaya ditangkap dan hasil pemeriksaan ujian air kencing terhadapnya didapati positif dadah jenis methamphetamine. Suspek kini direman mulai hari ini hingga 22 Julai bagi membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanan Keseksaan, Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pikap langgar 3 kenderaan, pemandu positif dadah – Polis


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Sanusi Belum Terima Atau Tak Jawab Penggilan SPRM?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button