Tiada had buat Arsenal – Odegaard

LONDON: Martin Odegaard berkata Arsenal mampu mencapai apa sahaja musim ini dengan The Gunners kini berada di landasan terbaik untuk merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris pertama selepas 19 tahun.

Arsenal kini lima mata di depan juara bertahan, Manchester City di puncak liga selepas mengalami kekalahan kedua musim ini – di Everton hujung minggu lalu.

Kedua-dua pasukan di puncak liga itu akan bertembung di Stadium Emirates minggu depan selepas Arsenal melayan kunjungan Brentford esok.

“Kami sedang memburu kejuaraan. Tetapi perjalanan masih jauh dan percayalah, tidak ada sesiapa yang memikirkan tentang Mei lagi.

“Kami menghadapinya dari perlawanan ke perlawanan, sesi latihan demi sesi latihan. Satu-satu pada satu masa,” kata kapten Arsenal, Odegaard.

Sebelum pertemuan di Emirates esok, Arsenal kendalian Mikel Arteta dikejutkan oleh Everton 1-0 di Goodison Park, manakala Brentford menewaskan Southampton 3-0 untuk meneruskan impian Eropah mereka.

Bagaimanapun kelebihan Arsenal di puncak liga terselamat apabila Manchester City, turut tercicir mata apabila ditewaskan oleh Tottenham Hotspur 1-0.

Arsenal belum pernah tewas di laman sendiri musim ini – rekod sama yang turut dipegang Newcastle – dan menerima kunjungan Brentford dengan bekalan lapan kemenangan dan satu seri daripada sembilan perlawanan terakhir liga di Emirates.

Brentford pula hanya menang dua kali di tempat lawan musim ini, salah satunya di laman Man City, Stadium Etihad.

Barisan kemungkinan Arsenal:

Ramsdale; White, Saliba, Gabriel, Zinchenko; Xhaka, Partey; Saka, Odegaard, Martinelli; Jesus

Barisan kemungkinan Brentford:

Raya; Hickey, Pinnock, Mee, Henry; Dasilva, Norgaard, Jensen; Mbeumo, Toney, Wissa

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker