DS Zahid Sahkan Titah Adendum Tahanan Rumah DS Najib Wujud

DS Zahid Sahkan Titah Adendum Tahanan Rumah DS Najib Wujud

DS Zahid Sahkan Titah Adendum Tahanan Rumah DS Najib Wujud

 

Timbalan Perdana Menteri I, DS Zahid Hamidi mengesahkan kewujudan titah adendum Di Raja agar DS Najib menghabiskan baki hukuman penjara dengan tahanan di rumah.

Beliau mengesahkan perkara itu melalui menerusi afidavit yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 April lalu.

Beliau mendakwa dalam pertemuan di rumahnya pada 30 Januari lalu, Menteri MITI, Tengku Zafrul memaklumkan kepadanya berhubung kewujudan titah adendum tersebut yang bertarikh 29 Januari 2024.

“Saya sesungguhnya percaya bahawa untuk tempoh masa yang mencukupi saya melihat dan membaca titah adendum.”

“Dan saya melihat dengan jelas semua kandungannya.”

“Bahawa ia merupakan sebahagian daripada proses pengampunan pemohon.”

“Yang merupakan tambahan kepada titah utama, kedua-duanya betarikh 29 Januari 2024.”

“Justeru, saya dengan ini mengesahkan kewujudan titah adendum bertarikh 29 Januari 2024 yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong.”

“Saya juga percaya selain saya dan Tengku Zafrul, anggota kerajaan yang lain telah melihat titah adendum tersebut.”

“Secara khusus, saya sedar bahawa Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy juga telah melihat salinan titah adendum dan boleh mengesahkan perkara yang sama.”

“Sementara saya tidak memiliki salinan titah tersebut atas faktor kerahsiaan memandangkan ia belum dilaksanakan, saya mengesahkan dokumen itu ada pada responden yang dinamakan.”

“Saya selanjutnya dengan sesungguhnya dimaklumkan bahawa peguam negara mempunyai satu salinan asal.”

“Atau hanya salinan titah adendum untuk pertimbangan undang-undangnya,” kenyataan DS Zahid dalam afidavit beliau.

Dalam perkembangan yang lain mengenai isu tersebut, peguambela DS Najib, TS Shafee Abdullah, mempersoalkan tindakan kerajaan menyembunyikan titah adendum tersebut.

“Tiada siapa boleh sembunyikannya.”

“Ini titah arahan Yang di-Pertuan Agong,” tegas beliau.

Beliau juga memaklumkan telah menghantar berpucuk-pucuk surat kepada pelbagai menteri, termasuk perdana menteri.

Tetapi tidak mendapat sebarang balasan.

Sangat mengejutkan sekiranya ada pihak dengan sengaja dan secara sedar menyembunyikan titah adendum dari YDP Agong.

Bukankah ini satu penderhakaan kepada YDP Agong serta pengkhianatan kepada Perlembagaan Persekutuan.

Kembalikan hak kepada yang berhak.

 

DS Zahid Sahkan Titah Adendum Tahanan Rumah DS Najib Wujud

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker