Beberapa lokasi di Johor Bahru dilanda banjir kilat awal pagi tadi

Beberapa lokasi di Johor Bahru dilanda banjir kilat awal pagi tadi

Beberapa lokasi di Johor Bahru dilanda banjir kilat awal pagi tadi
Beberapa kawasan di Johor Bahru termasuk Kampung Nusa Damai, Pasir Gudang dilanda banjir sejak awal pagi hari ini akibat hujan lebat. – Foto Ihsan APM

JOHOR BAHRU: Beberapa kawasan di Johor Bahru dilanda banjir kilat pada awal pagi ini, akibat hujan lebat sejak tengah malam tadi.

Angkatan Pertahanan Awam (APM) menerusi perkongsian di Facebook (FB) berkata, banjir kilat di Kampung Nusa Damai dan Jalan Masai Lama, Pasir Gudang serta Kampung Paya Kenangan di Johor Bahru di sini.

Beliau berkata, kejadian berlaku mulai kira-kira jam 1.30 pagi tadi.

“Sepasukan anggota dari APM Daerah Johor Bahru bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan telefon daripada orang awam.

“Tiada sebarang kemalangan jiwa dan kehilangan harta benda dilaporkan buat masa ini dan pemantauan dari semasa ke semasa terus dijalankan oleh APM,” katanya.

Dijangka pusat pemindahan sementara (PPS) juga dibuka bagi menempatkan mangsa banjir di beberapa lokasi manakala orang ramai turut berkongsi gambar banjir kilat yang melanda Jalan Bunga Mawar, Kampung Maju Jaya, Kempasdi sini serta di Jalan Bandar, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang (berhadapan kilang Panasonic).

Beberapa lokasi di Johor Bahru dilanda banjir kilat awal pagi tadi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa Di Kecam Penubuhan Jawatankuasa Pemantauan Perguruan?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker