‘Spy cam’ dihubung telefon bimbit lelaki tempatan

Oleh – Syeikh Baran


‘Spy cam’ dihubung telefon bimbit lelaki tempatan

Polis sedang mengesan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa intipan selepas terjumpa sebuah kamera tersembunyi atau spy cam di dalam bilik air sebuah inap desa di Jelutong, di sini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, pemeriksaan pihak polis mendapati ‘link’ yang terdapat pada kamera itu dihubungkan dengan telefon bimbit milik lelaki tersebut.

“Kami percaya lelaki tempatan ini mempunyai kaitan dengan kes tersebut.’Setakat ini polis telah merekodkan keterangan empat individu termasuk pengadu dan pengurus rumah inap desa tersebut bagi membantu siasatan kes tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sebelum ini, tular di aplikasi X mengenai dakwaan seorang wanita yang mendakwa dirinya menjadi mangsa intipan dengan menggunakan kamera tersembunyi semasa bercuti bersama rakannya di negeri ini.

Wanita berusia 24 tahun itu mendakwa percutiannya menjadi mimpi ngeri selepas menemui satu kamera tersembunyi yang dimasukkan ke dalam bekas pewangi di dalam tandas inap desa berkenaan.

Susulan daripada kes itu, polis semalam mengesahkan telah menerima laporan kejadian dan sedang menyiasat kes itu dari pelbagai sudut.

Menurut Razlam, kes itu disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang.

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker