Taufan Khanun: Kontinjen pengakap dipindah ke lokasi lain

Taufan Khanun: Kontinjen pengakap dipindah ke lokasi lain

Seoul: Kira-kira 36,000 ahli pengakap muda dan sukarelawan mula meninggalkan Saemangeum, lokasi tapak
Seoul: Kira-kira 36,000 ahli pengakap muda dan sukarelawan mula meninggalkan Saemangeum, lokasi tapak

Seoul: Kira-kira 36,000 ahli pengakap muda dan sukarelawan mula meninggalkan Saemangeum, lokasi tapak perkhemahan Jambori Pengakap Dunia ke-25, empat hari lebih awal daripada dijadual ekoran taufan kuat dijangka melanda kawasan itu, menurut jawatankuasa penganjur.

Sebanyak 1,022 bas akan mengangkut peserta jambori dari 156 negara menuju ke lokasi penginapan baharu di lapan bandar dan wilayah, termasuk Seoul dan Wilayah Gyeonggi, lapor agensi berita Yonhap.

Kerajaan mengesahkan 66 penginapan di Gyeonggi, 18 di wilayah tengah Chungcheong Selatan, 17 di Seoul, lapan di Incheon, tujuh di wilayah tengah Chungcheong Utara, enam di pusat bandar Daejeon, tiga di pusat pentadbiran bandar Sejong dan tiga lagi di wilayah barat daya Jeolla Utara.



Kerajaan pada mulanya bercadang untuk memindahkan semua peserta ke kawasan ibu negara tetapi meluaskan skop ke wilayah tengah susulan kesukaran mendapatkan sejumlah besar penginapan dalam tempoh yang singkat.

Kebanyakan tempat penginapan adalah asrama universiti, pusat latihan institusi awam dan kemudahan pendidikan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bukan Muhyiddin Tak Nak Dedah Lokasi Menantu, Tapiii…

Acara global empat tahun sekali itu berlangsung di Saemangeum pada 1 Ogos sehingga Sabtu.

Yonhap melaporkan bahawa keputusan pemindahan dibuat berikutan Taufan Khanun dijangka mendarat di pantai tenggara negara pada pagi Khamis, membawa hujan lebat dan angin kencang dengan kelajuan maksimum sehingga 44 meter sesaat.



Taufan Khanun: Kontinjen pengakap dipindah ke lokasi lain


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Bukan Muhyiddin Tak Nak Dedah Lokasi Menantu, Tapiii…

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker