Crack House Comedy: Siti Nuramira sudah diberitahu jangan sentuh isu kaum, agama

Crack House Comedy: Siti Nuramira sudah diberitahu jangan sentuh isu kaum, agama

Crack House Comedy: Siti Nuramira sudah diberitahu jangan sentuh isu kaum, agama
Tertuduh, Siti Nuramira Abdullah hadir pada bicara representasi kes yang didakwa menyebabkan suasana tidak harmoni dalam kalangan orang Islam di Mahkamah Sesyen Jenayah 4 (Siber) Kuala Lumpur Jalan Duta. – Foto ASWADI ALIAS.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu Siti Nuramira Abdullah yang didakwa menghina Islam, sudah dimaklumkan mengenai peraturan termasuk mengelakkan isu sensitif membabitkan kaum, agama dan institusi diraja ketika membuat persembahan di Crack House Comedy Club.

Hos sukarela kelab komedi itu yang juga saksi pendakwaan pertama, Muhammad Asyraf Kamal Musthaffa, 26, berkata Siti Nuramira diberitahu mengenai peraturan itu secara lisan sebelum membuat persembahan.

“Apa yang saya buat dengan mereka yang baru dan nak buat persembahan, saya akan beri taklimat ringkas seperti tidak sentuh beberapa isu tertentu.

“Ia lebih kepada peraturan yang tidak bertulis, selain mereka yang terbabit perlu pastikan ikut masa ditetapkan untuk tidak ganggu masa persembahan lain.

“Ini adalah peraturan mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dibuat ketika persembahan,” katanya sambil mengesahkan Siti Nuramira menyentuh isu agama ketika membuat persembahan, dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Malik Ayob.

Pada 13 Julai tahun lalu, Siti Nuramira, 27, mengaku tidak bersalah kerana menyebabkan rasa tidak harmoni dalam kalangan orang Islam selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di Restoran Crack House Comedy Club, 24 Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Brickfields, jam 6 petang, pada 4 Jun 2022.

Saksi itu yang juga pereka grafik dan bekerja sebagai pelawak sambilan berkata, persembahan Siti Nuramira masih diingati kerana ia sesuatu yang tidak pernah dilihat dalam hidupnya.

“Wanita itu memberitahu namanya, menyebut bahawa menghafal 15 juzuk al-Quran dan membuka tudung serta menanggalkan baju kurung sewaktu membuat persembahan.

“Siti Nuramira kemudian mengeluarkan perkataan kesat dan insiden itu berlaku terlalu laju yang memerlukan saya masa untuk proses tindakannya.

“Saya terkejut tetapi tidak boleh terlalu terkejut kerana penonton perlu diberi keutamaan. Saya perlu meneutralkan situasi supaya persembahan boleh diteruskan,” katanya.

Bagaimanapun ketika pemeriksaan balas oleh peguam bela Siti Nuramira, R Sivaraj; Muhammad Asyraf bersetuju bahawa ada persembahan menyentuh isu kaum dan agama sebelum wanita berkenaan membuat persembahan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Sivaraj: Kamu juga sebagai pelawak, setuju dengan saya bahawa perkataan kesat sering digunakan dalam’stand up comedy’ (komediri) dan kamu ada menggunakannya ketika buat ‘stand up comedy’ sebelum ini?

Muhammad Asyraf: Tidak selalu dan ya saya ada guna perkataan kesat dalam persembahan.

Ditanya oleh Abdul Malik sama ada Crack House Comedy Club sering menjadi platform persembahan membabitkan isu agama, Muhammad Asyraf menafikan perkara itu.

“Persembahan itu sama sekali kita tidak buat di Crack House Comedy Club, kita buat persembahan berdasarkan pemerhatian dan membuat lawak.

“Tiada unsur lawak (dalam persembahan Siti Nuramira), tiada elemen ‘stand up comedy’ selain wanita itu memegang mikrofon,” katanya.

Perbicaraan di hadapan Hakim, Nor Hasniah Ab Razak, bersambung esok.

Siti Nuramira not charged today

Siti Nuramira sudah diberitahu jangan sentuh isu kaum, agama


DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Dr Mahathir Tutup Aib Sendiri Dengan Menyalahkan Anwar Ibrahim

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker