Se Young lakar sejarah Korea Selatan

Se Young lakar sejarah Korea Selatan

Se Young lakar sejarah Korea SelatanSE Young muncul juara Terbuka Malaysia selepas menewaskan Tai Tzu Ying dari Taiwan pada perlawanan akhir di Axiata Arena, Bukit Jalil hari ini. – Fariz Rusadio

KUALA LUMPUR – Perseorangan wanita No.1 dunia, An Se Young melakar sejarah tersendiri apabila menjadi perseorangan Korea Selatan pertama muncul juara pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia.

Pada aksi final Terbuka Malaysia 2024 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil hari ini, pemain berusia 22 tahun itu membenam cabaran juara empat kali dari Taiwan, Tai Tzu Ying 10-21, 21-10, 21-18.

“Saya sangat gembira kerana berjaya mendapatkan gelaran pertama buat Korea Selatan dalam acara perseorangan. Bagi saya, sangat penting untuk memulakan saingan musim ini dengan merangkul kejuaraan.

“Ini adalah proses untuk saya selain mahu memulakan saingan musim baharu dengan langkah kanan. Saya juga bersyukur kerana dianggap sebagai pilihan di Sukan Olimpik nanti, namun mahu fokus pada pemulihan terlebih dahulu,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Hanyalah Sebuah Parti Dan Hadi Bukan Wali

Pada masa sama, dia juga mengesahkan kecederaan lutut yang dialaminya pada Sukan Asia Hangzhou 2023 masih belum pulih sepenuhnya dan perlu berbincang dengan jurulatih sama ada menyertai atau menarik diri daripada kejohanan akan datang.

Sementara itu, aksi perseorangan lelaki menjadi milik pemain Denmark, Anders Antonsen yang menewaskan wakil China, Shi Yu Qi 21-14, 21-13 manakala Liang Wei Keng-Wang Chang dari China muncul juara beregu lelaki selepas membenam pasangan India, Chirag Shetty-Satwiksairaj Rankireddy 9-21, 21-18, 21-17.

Yuta Watanabe-Arisa Higashino dari Jepun merangkul gelaran beregu campuran dengan menewaskan pasangan Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeong Na Eun 21-18, 21-15 sementara beregu wanita China, Liu Sheng Shu-Tan Ning menang 21-18, 21-18 ke atas rakan senegara, Zhang Shu Xian-Zheng Yu.

Untuk rekod, juara perseorangan membawa pulang hadiah wang tunai AS$91,000 (RM422,877) berserta trofi manakala pemenang acara beregu merangkul AS$96,200 (RM447,041) dan juga trofi. – KOSMO! ONLINE

Se Young lakar sejarah Korea Selatan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Bila tarikh sebenar Perikatan Nasional akan bentuk kerajaan?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker