Syarikat di Arab Saudi mahu pekerja tapi bukan Islam

RIYADH, Arab Saudi – “Sebuah syarikat perekrutan India meminta pekerja India baru-baru ini untuk sebuah syarikat di Teluk. Hindu sahaja! Hari ini, sebuah syarikat lain mencari pekerja India bukan Islam untuk sebuah syarikat di Teluk juga,” dedah Abdullah Alamadi, seorang kolumnis dalam Twitternya.

“Temuduga klien pada 6, 7 dan 8 Okt (HINDU SAHAJA)”; “Calon Bukan Islam Diutamakan”

Di atas merupakan iklan-iklan temuduga kerja yang dikongsikan olehnya, dikeluarkan oleh dua buah syarikat yang bertapak di Arab Saudi, sekali gus mengundang rasa tidak senang di kalangan masyarakat.

Menurut seorang pengguna Twitter, beliau juga pernah menerima emel serupa yang secara jelas menyatakan hanya mahukan calon bukan Islam.

“Saya telah menerima e-mel daripada syarikat perekrutan India untuk Jawatan Kosong di UAE dan dalam e-mel tersebut mereka telah menyebut dengan jelas Only Non-Muslim. Saya mempunyai e-mel itu dalam inbox saya,” dedah Mohd Rashid pula.

Susulan itu, Abdullah Alamadi yang berkongsikan lampiran iklan tersebut turut mempersoalkan, apa yang sudah berlaku kepada Majlis Kerjasama Negara-Negara Arab Teluk (GCC) yang seolah-olah menghalalkan iklan bersifat diskriminasi ini.

“Apa yang berlaku kepada negara GCC? Ia adalah diskriminasi yang tidak boleh diterima & berbahaya juga,” tegas beliau.

Perkara ini turut dipersetujui oleh pengguna-pengguna media sosial lain yang mahu iklan seperti ini dihentikan.

“Tolong hentikan keadaan ini,” tegas Raquib Khan.

“Jangan sembunyikan nama syarikat. Beritahu orang ramai tentang hipokrasi mereka,” kata Muhammad Manhaj Quraisyi pula.

Ada juga pengguna media sosial lain yang menyatakan bahawa Arab Saudi nampaknya sudah tunduk kepada tekanan pelampau Hindu.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker