Mas Ermieyati sudah lama tinggalkan UMNO, tapi masih rindu dengan warna Puteri UMNO

Poster Calon Bersatu untuk Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati yang masih mengenakan tudung merah jambu walaupun sudah lama meninggalkan parti UMNO.

Walaupun Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin sudah meninggalkan UMNO pada 2018 yang lalu tetapi hati dan naluri beliau dilihat masih merindui zaman semasa masih menjadi Ketua Puteri UMNO sebelum itu.

Ini kerana sejak berada dalam parti Bersatu, beliau dilihat masih mengenakan tudung berwarna merah jambu yang merupakan warna rasmi Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.

Beliau yang lompat parti selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada Disember 2018 dengan menyertai Bersatu dilihat masih rindu dengan warna berkenaan.

Tinjauan di sekitar pekan Masjid Tanah di mana Mas Ermieyati bertanding untuk PRU ke-15 mendapati poster dan papan iklan kempen beliau menggunakan gambar beliau menggunakan tudung berwarna sama.



Walaupun cara beliau meninggalkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) seakan-akan benci dan tidak mahu lagi sayang parti keramat berkenaan tetapi masih ada rasa sayang kepada sayap di dalam UMNO berkenaan.

Beliau menang Pemilihan UMNO bagi penggal 2013 hingga 2016. Mas Ermieyati menyertai Puteri UMNO pada 2001 sebagai anggota Jawatankuasa Penaja Puteri UMNO Bahagian Alor Gajah sebelum dipilih menjadi Ketua Pergerakan Puteri UMNO Cawangan Paya Lebar.

Entah kenapa beliau masih gemar mengenakan tudung dengan warna Puteri UMNO tidak diketahui tetapi ia dilihat boleh mengelirukan pengundi yang mungkin sudah berusia dan masih menyangka Mas Ermieyati adalah Ketua Puteri UMNO padahal beliau sudah mewakili Bersatu.

Beliau bertanding pada PRU15 pada 19 Novemer nanti dengan membawa nama Bersatu di bawah Perikatan Nasional berdepan calon BN Abdul Hakim Abdul Wahid.



Ada dua lagi calon yang bertanding iaitu calon parti Muda Mutalib Uthman dan calon dari parti Pejuang Handrawirawan Abu Bakar.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker