Ezza Yusof kongsi dugaan sebelum kahwin Remy Ishak

‘Block’ dan ‘unblock’ sepanjang 7 tahun bercinta

Ezza Yusof kongsi dugaan sebelum kahwin Remy Ishak

Netizen tak puas dengar kisah percintaan Ezza dan Remy.

KISAH percintaan pelakon Remy Ishak dengan Ezza Yusof sebelum mereka mendirikan rumah tangga hampir dua tahun lalu sering mendapat perhatian peminat yang mengikuti perkembangan hubungan mereka.

Penantian tujuh tahun peminat untuk melihat Remy, 40, naik pelamin akhirnya menjadi kenyataan apabila pasangan itu melangsungkan perkahwinan pada 21 Ogos 2021.

Ezza atau Roszaliza Yusof, 40, mendedahkan sepanjang percintaan bersama suami tercinta, pelbagai dugaan terpaksa dihadapi mereka sebelum jodoh akhirnya menyatukan mereka berdua.

Malah kata Eza, sepanjang tujuh tahun kenal sudah beberapa kali mereka berpisah malah saling menyekat nombor telefon masing-masing.

“Tujuh tahun kenal, block unblock. Bulan depan 21 Ogos 2023, dua tahun sebagai suami isteri


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perancangan Mahathir Untuk ‘Membunuh’ UMNO


“Insya Allah tak lama lagi tambah pula anak. Allah sebaik perancang,” kongsinya menerusi sebuah video di TikTok miliknya.

Menerusi video tersebut turut memaparkan sisi lain Remy yang tidak pernah dilihat oleh peminat.

Turut menarik perhatian adalah reaksi Remy ketika menerima alat ujian kehamilan yang menunjukkan wajah keliru sebelum menyedari Ezza hamil sebelum tersenyum manja memandang isterinya.

Menjengah ke ruang komen video tersebut, rata-rata pengikut Ezza mahu mengetahui lebih lanjkut kisah perkenalan mereka yang jarang didedahkan kepada umum sebelum ini.

 

Ezza Yusof kongsi dugaan sebelum kahwin Remy Ishak
Remy tersenyum bila Ezza kongsi berita gembira.

Malah ada seorang peminat wanita mendedahkan dia menangis ketika membaca berita Remy sudah bertunang dengan Ezza.

“Macam mana boleh kenal Remy? Ceritalah dekat kami. Saya orang paling meroyan bila dapat tahu Remy dah bertunang… kelakar bila ingat balik.

“Orang kata cinta sejati memang rumit sikit… gaduh, block, unblock, tapi dari situ baru lebih mengenali,” antara komen netizen.

Ezza Yusof kongsi dugaan sebelum kahwin Remy Ishak


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PAS bergolak , Tiga MB PAS akan bertukar selepas PRN?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker