Asas kebangkitan ekonomi negara

Asas kebangkitan ekonomi negara

Asas kebangkitan ekonomi negara
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

Iskandar Puteri: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) yakin Belanjawan 2024 yang akan dibentang di Parlimen bulan depan, mampu menjadi asas kepada kebangkitan ekonomi negara.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong berkata usaha kerajaan ke arah matlamat itu boleh dilihat menerusi pelbagai pelan hala tuju yang dilancarkan seperti Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).

Beliau berkata ia jelas menunjukkan keseriusan Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membangunkan Ekonomi Madani.

“Ekonomi Madani yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Julai lepas, disusuli dengan pelancaran NETR dan NIMP jelas menunjukkan hala tuju yang menjadi pembentukan asas kebangkitan ekonomi negara kali kedua.

“Malaysia perlukan kebangkitan ini kerana kita tidak berkembang begitu pesat selepas kebangkitan ekonomi pada tahun 1988 sehingga 1997, ketika itu pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat berkali ganda dan gaji rakyat bertambah,” katanya ketika diminta mengulas mengenai Belanjawan 2024.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Cubaan Radzi Jidin Tegakkan Benang Basah Gagal

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Perkuburan Cina Gelang Patah, di sini semalam.

Sementara itu, Liew berkata Miti akan terus memfokuskan untuk membangunkan sektor kenderaan elektrik (EV) khususnya di Johor.

Beliau berkata ini kerana Johor yang berada dekat dengan Singapura mampu menjadi antara destinasi pelaburan industri EV, sekali gus mampu menjadi wilayah metropolitan selepas Lembah Klang.

“Pada tahun akan datang lebih banyak usaha untuk membangunkan EV dan dasar lebih konkrit serta jelas berkenaan dengan sektor ini akan dilakukan Miti,” katanya.

Terdahulu, Liew yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri berkata Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan memperuntukkan RM200,000 bagi membina jalan baharu sepanjang 550 meter di Perkuburan Cina Gelang Patah.

Asas kebangkitan ekonomi negara


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tidak benar ahli UMNO tidak berpuas hati dengan Amizar

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker