Terkejut ular tedung tegak kepala dalam kasut

Oleh – Syeikh Baran


Terkejut ular tedung tegak kepala dalam kasut
Ular itu menegakkan kepalanya dan berada dalam posisi bersiap sedia untuk menyerang. – Instagram

Sebuah video tular di media sosial India memaparkan situasi seorang lelaki menemui seekor anak ular tedung yang bersembunyi di dalam kasutnya, lapor laman berita DNA India semalam.

Berdasarkan rakaman yang dimuat naik di laman Instagram, individu terbabit  terkejut melihat  ular berbisa itu melingkar di dalam kasut berwarna biru.

Reptilia itu kemudian menegakkan kepalanya dan berada dalam posisi bersiap sedia untuk menyerang.



Tidak dinyatakan bagaimana atau sama ada ular tedung itu berjaya dikeluarkan daripada  kasut tersebut.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Sebab itulah kami  diajar supaya menterbalikkan kasut sebelum memakainya. Ia bagi melindungi kita daripada pelbagai haiwan berbahaya seperti ular dan kala jengking,” kata seorang netizen.

“Baju dan payung juga perlu diperiksa dengan cara yang sama (sebelum digunakan),” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker