JKKP Selangor siasat insiden pekerja jatuh ketika tukar lampu

JKKP Selangor siasat insiden pekerja jatuh ketika tukar lampu

JKKP Selangor siasat insiden pekerja jatuh ketika tukar lampu
Mangsa disyaki terjatuh dari ketinggian 3.4 meter ketika hendak memasang penutup lampu. – Facebook JKKP Selangor

SHAH ALAM: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor mengeluarkan Notis Pembaikan ke atas sebuah pusat alat ganti kereta di Perindustrian Hicom-Glenmarie dekat sini.

Ia susulan insiden seorang pekerja lelaki warga tempatan berusia 56 tahun, yang cedera di kepala akibat terjatuh dari tempat tinggi ketika melakukan kerja penukaran lampu di pusat berkenaan.

Menerusi satu kenyataan, JKKP memaklumkan kejadian itu berlaku pada jam 3.55 petang pada 20 Januari dan susulan itu sepasukan pegawai penyiasat diarahkan untuk menjalankan siasatan, selepas menerima maklumat mengenai kejadian itu.

“Daripada siasatan awal yang dijalankan, JKKP Selangor mendapati bahawa mangsa menjalankan kerja rondaan dan mendapati terdapat lampu kalimantang yang rosak di premis berkenaan.

“Ketika kejadian, mangsa cuba untuk menukar lampu berkenaan dengan menggunakan tangga jenis A frame secara berseorangan susulan rakannya bercuti sakit.

“Walaubagaimanapun, mangsa disyaki terjatuh dari ketinggian 3.4 meter ketika hendak memasang penutup (cover) lampu terbabit,” jelas jabatan itu menerusi satu kenyataan yang dimuatnaik di Facebook, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, mangsa yang mengalami kecederaan di kepala dibawa ke hospital untuk dirawat dan turut menjalani pembedahan di kepala.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada 8 Februari sekitar jam 12.14 pagi.

“Susulan daripada siasatan itu, JKKP Selangor mengeluarkan Notis Pembaikan ke atas kegagalan majikan mewujudkan prosedur kerja selamat bagi penggunaan tangga secara ‘buddy system’ dan pengenalpastian tangga yang sesuai ketika kerja penukaran lampu.

“Siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenalpasti punca kemalangan dan pihak yang bertanggungjawab ke atas kemalangan itu,” katanya.

JKKP Selangor turut menegaskan bahawa akan mengambil tindakan perundangan ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya didapati terdapat pelanggaran mengikut peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

“Majikan mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti di tempat kerja yang mana mereka bertanggungjawab untuk mengenalpasti terlebih dahulu bahaya di tempt kerja, membuat penilaian risiko dan seterusnya mengadakan kawalan risiko yang berkesan sebelum pekerja menjalankan aktiviti kerja.

“Ini bagi mengurangkan risiko keselamatan ke atas pekerja dan mengelakkan berlakunya kemalangan.

“Kejadian seumpama in boleh dielakkan jika majikan melaksanakan penaksiran dan kawalan risiko yang komprehensif mengikut kaedah yang dinyatakan dalam Garis Panduan bagi Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC),” katanya.

 

Bekerja dalam cuaca buruk, majikan boleh diambil tindakan

JKKP Selangor siasat insiden pekerja jatuh ketika tukar lampu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PN Tidak Perlu Politikkan Isu Penggantungan Pemain Hoki Negara

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker